Friday 2 September 2011

KONSEP 1Malaysia

1Malaysia juga dibina berdasarkan idea-idea, komitmen dan nilai aspirasi dan moral asas yang berikut:-
  • Perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman: 1Malaysia digalakkan menerusi keterangkuman, bukan semata-mata toleransi atau rasa hormat. Ini bermaksud bahawa menerima kepelbagaian dalam kalangan kumpulan etnik,menerima kualiti unik yang dibawa oleh setiap kumpulan dan memanfaatkan kepelbagaian ini sebagai suatu aset yang berdaya-saing kepada negara. Sesungguhnya menerusi keterangkuman yang sebenar-benarnya barulah kita dapat membina asas kepercayaan dan kesepaduan .
  • Keadilan sosial: Tidak ada kumpulan yang harus dipinggirkan berdasarkan sebarang unsur latar belakangnya, sama ada dari sudut etnik, agama, politik, geografi atau sosio-ekonomi. 1Malaysia mendorong kerajaan agar memberikan sokongan dan peluang kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan dan merit individu sambil mengambil kira tahap pembangunan yang berbeza antara kumpulan-kumpulan itu.
  • Nilai moral dan aspirasi dijelaskan oleh Perdana Menteri:: Ini merupakan nilai-nilai moral dan aspirasi manusia asas yang telah membentuk kewujudan 1Malaysia. Ia termasuk budaya berprestasi tinggi, ketabahan, hormatmenghormati, budaya ilmu, integriti, kebijaksanaan, rendah hati dan kesetiaan.
  • Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan: Ini merupakan komitmen berkembar kerajaan di bawah 1Malaysia. Rakyat sentiasa diutamakan dalam semua dasar dan projek, dan NKRA serta MKRA telah pun dikenal pasti. Kini,penekanan terhadap pencapaian akan memastikan terlaksananya hasil-hasil yang besar dengan cepat dan hasil yang positif kepada rakyat. 
Aspirasi 1Malaysia
  • Rakyat mengenali diri mereka terlebih dahulu sebagai warga Malaysia,dan kemudiannya barulah berdasarkan latar belakang bangsa, agama, geografi atau sosio-ekonomi
  • Rakyat menggunakan kemahiran dan kekuatan pelbagai mereka, tanpa mengira bangsa dan agama, untuk mencapai Wawasan 2020
  • Pekerjaan dan sektor tertentu tidak lagi terkait dengan kumpulan etnik yang tertentu
  • Kelompok rakan dan sahabat kita tidak lagi terbatas pada mereka yang sama latar belakang bangsa, agama dan sosio-ekonomi
  • Setiap sekolah mempunyai percampuran rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama
  • Sokongan sosial (contohnya biasiswa, pinjaman) tersedia berdasarkan pada budaya kecermerlangan dan prestasi tinggi
  • Setiap parti politik memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama 

No comments:

Post a Comment