Sunday 1 May 2011

DEFINISI CORAK

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.  Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
  1. Corak Terancang; dan
  2. Corak Tidak Terancang atau bebas.
Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.

No comments:

Post a Comment