Sunday 24 April 2011

KEPENTINGAN RESIS

Terdapat beberapa kepentingan yang bakal diperolehi sekiranya mempelajari teknik resis di sekolah rendah. Di antaranya adalah murid dapat meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan serta bahan dalam kegiatan menggambar. Melalui teknik resis dalam proses menggambar ini adalah merupakan satu kegiatan yang sangat menarik untuk dijalankan terutama sekali bagi murid-murid pada peringkat sekolah rendah. Oleh kerana penghasilan resis ini menggunakan media yang berlainan, ianya dapat menarik minat murid untuk melakukannya. Kebiasaannya murid hanya didedahkan dengan penggunaan pensil atau pensil warna sahaja, tetapi melalui teknik resis ia menggunakan alat utamanya iaitu lilin atau warna krayon. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kebosanan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Murid dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini sekaligus dapat membantu proses perkembangan murid dari aspek psikomotor dan juga emosi serta amat penting dari aspek keperluan fisiologi dan psikologi murid.
Melalui teknik resis ini juga, murid-murid dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini dapat membantu murid dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran. Murid-murid dapat membina idea baru dari benda konkrit.  Teknik menggambar tidak hanya sekadar  sebuah lukisan, malah ianya boleh diterjemahkan dalam pelbagai medium dan kaedah. Penterjemahan idea secara teknik resis dapat member sedikit kelainan. Disamping itu juga, murid dapat meningkatkan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni dalam menghasilkannya. Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam proses menghasilkan resis ini. Selain kesedaran dan pengetahuan seni yang mendalam ia juga dapat member impak kepada penghasilan karya yang dihasilkan. Resis yang dihasilkan dapat mencerminkan tahap pengetahuan seni seseorang murid tersebut. Selain itu juga, ia dapat melatih murid untuk berfikir berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Melalui penghasilan menggambar dengan teknik resis, ia merangsang murid untuk berfikir serta menghubungkan idea sedia ada mereka dengan  asas-asas seni reka serta prinsip rekaan yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan kesedaran persepsi murid-murid dan kuasa ekspresif ini dapat dicungkil supaya mereka boleh menyatakan perasaan mereka melalui resis. Ini menunjukkan murid telah melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Melalui resis ini juga, ia dapat memberi satu pengalaman baru kepada kanak-kanak untuk berkarya. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan teknik lukisan sahaja, kini murid dapat meneroka dengan cara yang lebih mencabar lagi seperti teknik resis ini. Melalui resis ia mampu melatih murid untuk terus bersabar dan berkeyakinan dalam menghasilkannya. Ini kerana ia amat sukar untuk dilakukan dan memerlukan kepakaran dalam melaksanakannya.
Kesimpulannya ialah melalui teknik resis ini ia secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni terhadap sahsiah murid, selain memberi satu kemahiran kepada murid. Sebagai contoh, dalam menghasilkan resis, ia menuntut banyak kesabaran dalam menyiapkannya. Lukisan yang dihasilkan lebih menarik serta pengaplikasian media dan medium yang pelbagai serta mempunyai nilai estetika yang tinggi.

RESIS

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA
MAKSUD
Abang Angkat
Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
Abang Ipar
Suami kepada kakak sendiri, abang kepada isteri atau suami.
Abang Kandung
Abang yang seibu sebapa.
Abu Angin
Telah musnah sama sekali
Ada Akal
Cara menyelesaikan sesuatu masalah
Ada Angin
Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu
Ada Bakat
Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya
Ada Gaya
Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya
Ada Hati
Keinginan
Ada Jalan
Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara
Ada-Ada
Ada sesuatu
Adat Balai
Adat dalam istana raja
Adik Angkat
Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
Adik Ipar
Adik kepada isteri atau suami.
Adik Kandung
Adik daripada ibu bapa yang sama, seibu sebapa
Beradu Buku
Bertinju
Beradu Domba
Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain
Beradu Kening
Berhadap-hadapan muka
Beradu Lengan
Beradu kekuatan
Mengadu Nasib
Mencari rezeki
Air Mandi
Sudah menjadi kebiasaan
Air Muka
Wajah /Maruah
Air Pasang
Paras air laut yang meningkat
Air Setaman
Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi
Ajak-Ajak ayam
Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh
Akal Kancil
Orang yang pandai tipu muslihat
Akal Sejengkal
Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain
Alas Cakap
Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan
Alas Perut
Makan sedikit
Beralih Akal
Berubah pendapat atau fikiran
Beralih Angin
Berpindah tempat tinggal
Beralih Muka
Menyamar
Alim Kucing
Pura-pura baik