Tuesday 17 May 2011

Tindakbalas Ubat - Fungsi Hati dan Buah Pinggang

Fungsi Hati dan Buah Pinggang
1. Semakin meningkat usia kita, kecekapan hati kita pecahkan ubat semakin kurang.
2. Begitu juga dengan kecekapan buah pinggang kita untuk mengkumuhkannya. 
3. Ini bermakna bagi sesetengah jenis ubat, kemungkinan bagi seseorang mengalami kesan sampingan 
    daripadanya walaupun pada dos yang biasa bagi orang dewasa mungkin lebih tinggi. 
4. Untuk mengelakkan ini, doktor anda mungkin akan mempreskip ubat berkenaan bagi anda pada dos yang 
    lebih rendah.

Tulang dan Sendi
Artritis merupakan masalah yang biasa di kalangan golongan berumur, dan ia boleh menimbulkan masalah terutamanya sewaktu mengambil ubat yang disimpan di dalam bekas yang sukar dibuka oleh kanak-kanak atau bekas ubat yang khas, contohnya botol ubat titis mata dan bekas ubat sedut. Memandangkan tiada faedahnya ubat sekiranya ia tidak boleh diambil, ahli farmasi anda boleh membekalkannya di dalam bekas lain di atas permintaan anda. Beliau juga boleh memberikan peralatan yang tertentu untuk memudahkan penggunaan ubat-ubatan tersebut. Walau bagaimanapun, anda haruslah ingat untuk menyimpan ubat-ubatan tersebut di dalam bekas-bekas biasa yang disimpan jauh dari kanak-kanak.

Otak dan Sistem Saraf
Dengan meningkatnya usia kita, otak dan sistem saraf menjadi lebih sensitif terhadap ubat-ubat tertentu.
Sebagai contoh, golongan tua lebih terdedah kepada kemungkinan mendapat kesan sampingan daripada ubat-ubat penahan sakit jenis opioid seperti morfin dan juga ubat tidur seperti diazepam.
Doktor anda mungkin mempreskrip ubat-ubat ini pada dos yang lebih rendah dan untuk jangkamasa yang singkat sahaja. Semakin usia kita meningkat, kita mungkin menjadi lebih pelupa dan mempunyai masalah untuk mengingati kegunaan sesuatu jenis ubat, juga samada kita telah mengambilnya pada hari tersebut.
Terdapat berbagai cara yang boleh membantu. Ini termasuklah carta-carta peringatan pengambilan ubat dan kotak-kotak pil yang boleh diisi dengan kesemua jenis ubat untuk keperluan harian atau mingguan. Ahli farmasi atau pelawat kesihatan boleh membantu anda menguruskan ini.

Pergerakan
Jika anda sukar untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan preskripsi atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat, beritahu doktor atau ahli farmasi anda. Ahli keluarga atau rakan anda boleh mengambilnya bagi pihak anda.

Penglihatan
Kelemahan penglihatan boleh menimbulkan masalah sewaktu membaca tulisan kecil pada label dan lembaran maklumat yang dibekalkan bersama dengan ubat. Jika ini berlaku, mintalah daripada ahli farmasi anda lembaran maklumat serta label yang dicetak dengan tulisan yang lebih besar.

Menelan
Ramai di kalangan warga tua yang menghadapi kesukaran untuk menelan ubat biji atau kapsul. Anda perlu mengambil ubat anda dengan air yang banyak.Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda menghadapi kesukaran untuk menelan ubat, kerana terdapat banyak ubat dalam bentuk cecair atau mudah-terlarut yang lebih mudah ditelan.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Ubat/TindakbalasUbatHatiBuahPinggang.php

Tekanan Darah Tinggi

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. 

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah Tinggi
Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg
Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg
Normal
< 120
And < 80
Pra Hypertensi
120- 139
or 80 - 89
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
140 - 159
or 90 - 99
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
> 160
or > 100
 

Berdengkur

  • Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. 
  • Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. 
  • Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. 
  • Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Punca Dengkur :
  • Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. 
  • Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. 
  • Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak. 
  • Tisu tekak yang besar dan tebal. 
  • Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur.
  • Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.
  • Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. 
  • Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. 
  • Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran. 
  • Saluran pernafasan tersekat. 
  • Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. 
  • Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. 
  • Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.
Sumber :  http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/BERDENGKUR.php

Batuk

Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila anda perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya anda menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD
Sumber :  http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Batuk.php

Menangis Berterusan

Pengenalan
Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.
Tanda dan Gejala
Bayi biasanya akan menangis apabila :
  • Lapar dan dahaga.
  • Mengantuk atau letih.
  • Kesejukan atau basah.
  • Minta didukung.
  • Perlu ditukarkan lampin.
  • Dalam kesakitan atau tidak selesa.
Menangis berterusan boleh ditafsirkan sebagai :
  • Menangis berterusan pada jangka masa yang lama.
  • Menangis meskipun semua keperluan dipenuhi
  • Menangis dengan nada yang berbeza dari tangisan biasa
  • Menangis disertai dengan pergerakan luar biasa seperti bayi menangis sambil mengangkat kedua-dua kaki ke atas.
Keadaan tertentu yang boleh menyebabkan bayi menangis berterusan:
  • Perut memulas.
  • Penyakit.
Rawatan
Beri perhatian dengan segera apabila bayi anda menangis. Pengalaman dan masa mengajar anda mengenali keperluan bayi anda dan bertindaklah mengikut keperluan.
  • Bayi yang menangis akibat lewat diberi susu akan dapat diatasi dengan tidak melengahkan masa pemberian susu.
  • Bayi yang lampinnya basah akibat kencing atau berak hanya perlu ditukarkan lampin.
  • Bayi yang kesejukan akan selesa apabila dibalut dengan selimut atau pakaian yang dihangatkan terlebih dahulu.
  • Periksa seandainya ada keadaan yang boleh menyebabkan kesakitan, seperti pin lampin terbuka atau disengat serangga.
  • Memeluk rapat bayi anda dan menghayunkanya perlahan-lahan.
  • Urutan atau usapan lembut di belakang atau didada bayi.
Kadangkala bayi menangis berterusan meskipun segala usaha telah diambil untuk memujuknya. Anda mesti bertenang dan tidak tertekan kerana jika tidak perasaan bayi anda akan lebih terganggu. Jangan sesekali mengoncang bayi anda kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan teruk kepada leher dan otak bayi anda. Sekiranya anda rasa tertekan / keletihan minta bantuan kawan atau ahli keluarga yang lain mengambil alih menjaga bayi anda sementara. Ambil masa anda untuk bertenang sebelum meneruskan penjagaan bayi anda.
Perut Memulas
Menangis akibat perut memulas didefinisikan sebagai tangisan berlebihan selama tiga jam atau lebih (dalam sehari) dan biasanya akan hilang dalam tempoh 3 bulan pertama usia bayi. Sekiranya bayi anda menangis sambil mengangkat kakinya ke atas dan banyak mengeluarkan angin ini menunjukkan bayi anda mengalami perut memulas.

Cara menanganinya :
  • Pegang bayi anda duduk menegak semasa penyusuan dan sedawakan bayi selepas penyusuan. Dukung bayi anda berjalan-jalan dengan kedudukan bayi tegak di bahu anda atau goyang bayi anda dengan lembut boleh melegakannya.
  • Jika menangis berterusan, dapatkan rawatan segera.
Penyakit
Sila ambil perhatian apabila bayi menangis berterusan ini adalah satu petanda penyakit yang teruk. Sekiranya bayi anda masih menangis berterusan meskipun semua cara di atas telah diambil untuk memujuk atau ada petanda selain disebutkan di atas, jangan ragu terus mendapatkan rawatan di hospital.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MenangisBerterusankanak.php

MEROKOK

Latar belakang
Merokok adalah tabiat yang merbahaya. Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Mengapa tidak merokok atau berhenti merokok itu penting?
  • Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.
  • Kajian menunjukkan :
    • Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
    • Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
  • Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
Apa keburukan merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
  • Gigi berkarat (staining).
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium).
  • Kanser mulut.
Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
  • Kanser paru-paru.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Strok.
  • Penyakit jantung.
  • Mati pucuk.
Perhatian
Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda seorang perokok?
Anda perlu membuang tabiat merokok. Pastikan anda :
  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua berhenti merokok
Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental untuk membuang tabiat ini.
Beberapa petua untuk berhenti merokok :
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
  • Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".
  • Dapatkan sokongan.
  • Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
    • mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
    • lakukan senaman
    • mandi dengan lebih kerap
  • Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).
Sumber :  http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/MEROKOK.php

Vitamin A

  • Kepentingan

    Ia juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :
    • Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
    • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
    • Kulit yang sihat
    • Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
  • Kekurangan

    Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
  • Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
  • Kulit kasar, kering dan berjerawat;
  • Masalah penghadaman;
  • Batu karang (ginjal);
  • Rabun malam
  • Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.
  • Sumber

    Sumber Vitamin A yang baik adalah :
    • Hati, telur
    • Marjerin 
    • Susu penuh krim dan susu rendah lemak
    • Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
  • Keracunan
    • Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
    • Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut. 
Sumber :  http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/Vitamin.php

Vandalism

Apakah itu 'Vandalism'?
  • 'Vandalism' adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
  • 'Vandalism' mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
  • 'Vandalism' boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.                       
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/VANDALISM.php                                                             

Kekuningan Pada Bayi Baru Lahir

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

KEPERLUAN PEMAKANAN SEMASA REMAJA


Pemakanan sihat adalah penting untuk :
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
  • Sentiasa cergas.
  • Mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
  • Membekalkan tenaga dan nutrisi untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal harian.
  • Membekalkan tenaga bagi lelaki (apabila mereka mencapai akil baligh) untuk pertumbuhan otot.

Tenaga diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti :
  • Pembinaan otot tubuh.
  • Mengekalkan suhu badan.
  • Memastikan sistem dalaman tubuh berfungsi.
  • Melakukan aktiviti-aktiviti harian.
Keperluan harian kita adalah bergantung kepada :
    • Saiz fizikal.
    • Kadar pertumbuhan.
    • Tahap aktiviti.
    • Jantina.