Saturday, 30 April 2011

AMALAN KEBERSIHAN SEKOLAH

Pendidikan diberikan kepada ahli masyarakat bagi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia dan sekolah merupakan institusi formal terpenting yang banyak mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan manusia.Bermula di tahap kanak-kanak pertengahan, individu diberikan didikan formal di sekolah dengan pelbagai nama.Tujuan utama kanak-kanak ditempatkan di institusi formal ini ialah untuk memastikan perhubungan mental, fizikal dan spiritual kanak-kanak berkembang selaras dengan nilai dan norma masyarakat yang dianggotainya.Persekitaran sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.Proses pembelajaran formal yang berterusan bermula tahap pertengahan kanak-kanak hinggalah ke tahap akhir remaja akan mempengaruhi nilai, pengukuhan kendiri, tahap pencapaian,bentuk aspirasi dan lain-lain bentuk kemahiran sosial dan psikologi yang diperlukan dalam kehidupan individu.Persekitaran sekolah juga boleh menimbulkan pelbagai bentuk personaliti tidak sihat dikalangan kanak-kanak dan kumpulan remaja apabila kewujudannya disalahgunakan.

OBJEKTIF

Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.Memupuk semangat bertanggungjawab serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan untuk mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar sedemikian sudah tentu mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada proses pembelajaran. Konsep ini berteraskan kepada lima komponen asas, bagi memastikan wujudnya suasana persekolahan yang sihat dan selamat iaitu Polisi Kesihatan Sekolah,Persekitaran Sekolah yang Sihat dan Selamat, Penglibatan Keluarga dan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. 

PIAWAIAN YANG DIKEHENDAKI

Piawaian amalan kebersihan sekolah menetapkan bahawa sekolah bukan sahaja perlu bersih malah mesti berfungsi dan selamat.Persekolahan yang sihat dan selamat adalah salah satu nilai-nilai kesihatan yang perlu diserapkan ialah kebersihan dan keselamatan makanan.Peranan yang dimainkan oleh pihak pengendali makanan dan sekolah perlu ditingkatkan.Ciri-ciri kebersihan dan keselamatan makanan hendaklah diserapkan di sekolah-sekolah, terutama di kantin dan dapur asrama sekolah.Kegagalan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, menyebabkan pencemaran oleh kuman, bahan kimia dan bendasing dalam makanan.

Perkara-perkara asas yang diutamakan untuk memastikan makanan bersih dan selamat ialah:
   (a)    Kebersihan bahan mentah.
   (b)    Pengendalian makanan yang bersih.
   (c)     Kebersihan diri pengendali makanan.
   (d)    Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
   (e)     Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
   (f)      Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
   (g)    Penyediaan makanan yang betul.

Ciri-ciri Kebersihan Bahan Mentah

Bahan mentah mesti daripada sumber yang diketahui, bersih, segar dan tidak rosak, dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak dan perlu dibuat di tempat yang bersih.Bagi makanan di dalam tin, tin  tidak kemek dan tidak berkarat.Bilik penyimpanan bahan mentah mesti bersih, teratur dan berasingan dari bahan bukan makanan. Bahan mentah yang mudah rosak perlu disimpan dalam peti sejuk.Pengambilan makanan dengan tangan perlu dielakkan bagi menjamin mutu kebersihan makanan.Gunakan penyepit atau sudu/garpu untuk mengambil makanan. Lindungi makanan dari lalat, tikus, habuk dan bahan beracun.Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk.Semasa menghidang, jangan menyentuh makanan atau permukaan dalam pinggan mangkuk. Pastikan tidak menggunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidang makanan.Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk. Pastikan makanan mentah di simpan di tempat yang sama untuk menghindarkan pencemaran silang.Pinggan mangkuk dan peralatan lain mestilah dibersihkan setiap kali selepas digunakan. Bahan bukan makanan hendaklah disimpan berasingan dari makanan.

Ciri-ciri Kebersihan Diri yang Baik 

Membasuh tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyedia atau menghidang makanan.Kuku pendek dan bersih. Mandi dengan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan diri pengendali bersih dan kemas. berpakaian bersih, memakai apron dan tudung kepala yang bersih dengan betul.Jangan meludah, bercakap, bersin atau batuk ke arah makanan, jangan menghisap rokok semasa menyediakan makanan dan jangan mengorek hidung atau telinga ketika menyediakan makanan.Sistem pembuangan sampah yang sempurna dan teratur. Tong sampah bertudung, bersih dan sampah dibuang setiap hari atau mengikut jadual.Sistem pembuangan air limbah yang berkesan dan sesuai serta tidak bertakung untuk mengelakkan bau busuk dan pembiakan lalat.Tandas yang sempurna, mencukupi dan bersih perlu disediakan di premis makanan serta kemudahan membasuh tangan yang mencukupi serta lengkap dengan sabun, berus dan tuala bersih atau alat pengering tangan bagi pelanggan dan pekerja.

Ciri-ciri Reka Bentuk Premis Makanan yang Sesuai 

Mempunyai ruang yang cukup dan berasingan bagi penyediaan, mempamer dan menyimpan makanan serta ruang untuk pelanggan yang selesa.Almari/rak menyimpan makanan ditutup rapi supaya lalat dan lipas tidak dapat masuk.Lantai mestilah mudah dicuci, tidak mudah rosak dan tidak menakung air. Siling dan dinding mestilah bersih, mudah dicuci dan bercat terang.Tempat membasuh peralatan sesuai dan mencukupi. Tempat penyediaan makanan mestilah dari jenis yang mudah dicuci dan kalis air.Peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan makanan yang mudah rosak dan berfungsi.Pencahayaan dan pengudaraan dalam premis makanan hendaklah mencukupi.Peralatan yang digunakan hendaklah yang bersesuaian dengan fungsinya dan sentiasa dibersihkan dan kerosakan segera diperbaiki.Pihak pengurusan sentiasa mengawasi amalan kebersihan pekerja-pekerjanya.Kerjasama yang rapat di antara pekerja dan pengurus penting untuk memastikan amalan dan keperluan kebersihan dijamin. 

Tanggungjawab Seorang Pengusaha Premis Makanan 

Pastikan semua aspek kebersihan dipatuhi dan pekerja membuat pemeriksaan kesihatan dan suntikan pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.Pekerja yang sakit perlu mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja sehingga disahkan sihat.Melatih pekerja tentang kesihatan dan kebersihan diri dari semasa ke semasa.

Tanggungjawab Pekerja di Premis Makanan 

Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.Lapor kepada majikan apabila sakit dan dapatkan rawatan segera.Elakkan dari perbuatan kotor (korek hidung/sentuh makanan rosak dengan tangan kotor).Belajar dan amalkan tabiat yang baik bagi tingkatkan kebersihan diri, amalan pengendalian makanan yang baik dan kebersihan kawasan tempat kerja.

Pemeriksaan Kantin dan Dapur Asrama

Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan pemeriksaan fizikal (ukuran suhu memasak/suhu penyimpanan/suhu penyajian) diutamakan.

PENGURUSAN & PELAKSANAAN

1.Kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta ahli masyarakat lain bagi meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah adalah sangat penting. 

2.Penglibatan masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada dengan memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau pun bahan-bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah. 

3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah. 

4.Amalan Kesihatan :
            (a)       Menubuhkan satu Jawatankuasa Kesihatan Sekolah yang dianggotai oleh guru
                        dan ahli PIBG di setiap sekolah.
            (b)       Menubuhkan Kelab Kesihatan di kalangan pelajar di setiap sekolah.
            (c)        Mengadakan Biro Kesihatan dalam PIBG setiap sekolah.
            (d)       Mengamalkan Cara Hidup Sihat 

POLISI KESIHATAN SEKOLAH

1.Satu penyataan jelas yang menentukan tindakan dan keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan.

2.Sebagai ‘piagam pelanggan’ bagi memberi panduan kepada warga sekolah dan masyarakat luar.

3.Polisi yang dipilih hendaklah dipamerkan agar semua warga sekolah serta pelawat tahu tentangnya.

4.Pihak sekolah hendaklah menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan polisi yang dipilih.

5.Setiap polisi yang dilaksanakan seharusnya diikuti dengan indikator pengukuran keberkesanannya.

6.Sekolah boleh memilih satu atau lebih polisi untuk dilaksanakan menurut kemampuan mereka. 

7.Polisi-polisi ini juga boleh bertukar-ganti mengikut tahap pencapaiannya.

PERSEKITARAN FIZIKAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.Keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat. 

2.Pihak sekolah seharusnya memastikan kemudahan asas/fizikal di sekolah seperti bekalan air, elektrik, pili bomba, dewan, bilik darjah, tandas, asrama, parit, padang, kantin dan lain-lain sentiasa dalam keadaan selamat, bersih, berfungsi bagi kegunaan murid-murid sekolah. 

3.Selain dari itu persekitaran sekolah juga seharusnya bebas dari risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti denggi dan lain-lain.

PERSEKITARAN SOSIAL SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT

1.Persekitaran sekolah yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah warga sekolah yang murni dan dapat mengatasi cabaran.
2.Pihak sekolah seharusnya berusaha untuk menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan mental yang sihat dan mengurangkan tekanan di kalangan warga sekolah serta persekitaran sosial yang sihat untuk perkembangan murid yang seimbang dari segi JERI.
3.Contohnya dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling, mengadakan program membina ketahanan mental, keyakinan diri, aktiviti mengurangkan tekanan seperti PRS, rekreasi, punching bag, sudut pidato, papan conteng, mengadakan kursus-kursus singkat seperti kursus kepimpinan, kem ibadat dan lain-lain.

PENGLIBATAN KOMUNITI

1.Satu bentuk kerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan dan NGO serta masyarakat lain bagi tingkatkan tahap kesihatan warga sekolah seperti memberi sumbangan kewangan, tenaga kepakaran atau bahan yang boleh digunakan oleh pihak sekolah.
2.Memberi dorongan dan sokongan moral kepada murid serta menjadi role-model yang baik kepada anak-anak dan murid sekolah.
3.Penglibatan komuniti seharusnya berbentuk dua hala iaitu bukan sahaja komuniti yang datang ke sekolah tetapi pihak sekolah juga melibatkan warga mereka dalam aktiviti kemasyarakatan di sekitar sekolah.

KEMAHIRAN KESIHATAN DIRI

1.Satu usaha bagi membentuk sikap yang positif di kalangan warga sekolah ke arah pengamalan cara hidup yang sihat di kalangan warga sekolah.
2.Dijalankan dalam bentuk pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal.
3.Penekanan kepada kepentingan pelajaran kesihatan dan jasmani serta memupuk kesedaran penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah.
4.Murid diajar mengenai kebersihan diri dan dipupuk supaya bertanggungjawab ke atas kebersihan diri sendiri.
5.Sekolah seharusnya memastikan supaya aktiviti penjagaan kebersihan mulut diajar dan diamalkan.
6.Penekanan juga diberikan kepada aspek senaman dan kecerdasan, makan secara sihat, pertolongan cemas, perkembangan mental, sosial serta anatomi dan fisiologi tubuh badan. 

PERANAN PENGETUA/GURU BESAR DAN PENTADBIR SEKOLAH

1.Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan amalan kebersihan di sekolah.
2.Menubuhkan Jawatankuasa kebersihan dengan dianggotai oleh guru-guru, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-badan bukan kerajaan.
3.Merancang aktiviti dan program dengan mengambil kira keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta keadaan persekitaran yang selamat.
4.Pengalaman murid-murid dan guru-guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan aktiviti dan program amalan kebersihan dengan berkesan.
5.Kemahiran kesihatan,kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab terhadap masyarakat.
6.Kesedaran murid-murid, pelajar pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.
7.Sumber-sumber yang sedia ada mengikut kemampuan sekolah.
8.Penglibatan badan bukan kerajaan.

PERANAN GURU

1.Memahami komponen-komponen.
2.Menyokong, melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti HPS yang dirancang oleh Jawatankuasa.
3.Memberi cadangan aktiviti-aktiviti kebersihan yang boleh dilaksanakan kepada jawatankuasa.
4.Menjadi contoh kepada murid-murid dan pelajar dalam mengamalkan Gaya Hidup Sihat.
5.Menggalakkan murid-murid dan pelajar menyertai aktiviti atau program dengan aktif.
6.Memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai program amalan kebersihan.

PERANAN MURID/PELAJAR

1.Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti/program BPS yang dirancang.
2.Bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri.
3.Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai aktiviti kesihatan dan program kebersihan yang dijalankan di sekolah 

PERANAN IBU BAPA

1.Libatkan diri secara aktif dan sokong aktiviti/program HPS.
2.Beri bantuan kepakaran, kewangan, barangan dan sokongan moral.
3.Beri galakan kepada anak-anak untuk sertai aktiviti HPS.

PERKHIDMATAN DI SEKOLAH

1. Program-program tersebut adalah seperti berikut:
ž  Pendidikan Kesihatan
ž  Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
ž  Program Kesihatan Pergigian Sekolah
ž  Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ž  Program Susu Sekolah
ž  Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Sekolah (Program 3K)
ž  Pendidikan Pencegahan AIDS Di Sekolah
ž  Program Anti Denggi Di Sekolah
ž  Program Sekolah Bebas Daripada Asap Rokok
ž  Program PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja), dan sebagainya.
ž  Program-program Adhoc berdasarkan masalah kesihatan semasa, seperti program Anti Rubella, Program Pencegahan Taun dan sebagainya.

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH

ž  PK tidak lagi wujud sebagai satu mata pelajaran tersendiri. Ia telah
ž  bersepadu dengan disiplin PJ dan dinamakan sebagai mata pelajaran PJK.
ž  Walau bagaimanapun, nilai-nilai kesihatan dan beberapa aspek kesihatan
ž   masih terdapat di dalam pelbagai mata pelajaran lain seperti Sains,
ž   Pendidikan Moral, Pendidikan Agama Islam dan sebagainya. Ini bermakna
ž  nilai-nilai kesihatan telah diterapkan merentasi kurikulum yang sedia ada.
ž  Di samping usaha-usaha formal, pendidikan tidak formal juga dilaksanakan
ž  di sekolah-sekolah. Ini biasanya dilakukan melalui beberapa aktiviti seperti
ž   kuiz, ceramah, pameran dan kempen. Selain usaha-usaha sekolah,
ž  Jabatan Kesihatan juga sering menganjurkan pelbagai usaha pendidikan kesihatan tidak formal seperti ceramah, kempen dan pameran.

PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH

1.Bagi mengelakkan keracunan makanan, beberapa langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
ž  Pastikan pekerja atau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan.
ž  Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih.
ž  Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat menyedia dan menghidang makanan dalam keadaan bersih dan kemas.
ž  Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti menjaga tubuh badan dan pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas 

PERANAN SEKOLAH

1.Pihak sekolah juga diminta untuk:
ž  Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah.
ž  Memastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman, terutama penyediaan makanan-makanan menggunakan santan.
ž  Menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah bagi menyelia dan mengadakan pemeriksaan harian.
ž  Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan.
ž  Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakan kebersihan dan kesihatan. 

1,Sekiranya sekolah mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan makanan, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh sekolah:
ž  Laporkan dan bawa murid-murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang berhampiran.
ž  Laporkan ke PPD/JPN.
ž  Memaklumkan dan menghubungi ibu bapa murid-murid yang terlibat.
ž  Menyediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan Kementerian Pendidikan.
ž  Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar. 

PERKHIDMATAN PERGIGIAN

ž  Perkhidmatan pergigian sekolah telah mula dilaksanakan pada tahun 1950'an dan hanya ditumpukan
ž  kepada murid-murid sekolah rendah sahaja dan itu pun hanya terbatas kepada sekolah tertentu. Sebahagian besar perkhidmatan itu dikendalikan oleh jururawat pergigian. Mereka dilatih untuk melaksanakan rawatan pergigian di bawah penyeliaan doktor gigi seperti yang tertera dalam Akta Pergigian. Pencapaian perkhidmatan pergigian tidak begitu menggalakkan sehingga pertengahan 1980'an kerana program tidak begitu teratur. Pada pertengahan 1980'an satu, program pendekatan "Systematic and Comprehensive Incremental Care" telah diperkenalkan untuk memperbaiki keadaan. Perkhidmatan semakin meluas dengan bertambahnya permintaan oleh pihak berkuasa sekolah serta ibu bapa. Seterusnya perkhidmatan pergigian sekolah diperluas untuk menampung murid-murid sekolah menengah. Kebanyakan rawatan untuk golongan ini dilaksanakan oleh Pegawai Pergigian.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment