Saturday 30 April 2011

REKA BENTUK DALAMAN & LANDSKAP

Reka bentuk ruang dalaman terhasil daripada kombinasi beberapa elemen asas seni bina  seperti tiang, dinding, lantai, siling dan atap. Kategori reka bentuk hiasan dalaman terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk ruang, kediaman, reka bentuk ruang awam dan komersil. Contoh reka bentuk ruang kediaman ialah ruang tamu, ruang makan,ruang kerja, bilik tidur, ruang dapur, bilik air dan anjung. Contoh reka bentuk ruang komersil adalah seperti ruang pejabat, restoran, hotel dan sebagainya.

REKA BENTUK PERSEKITARAN
Landskap merupakan pemandangan yang boleh dilihat secara semula jadi ataupun buatan manusia. Ianya boleh dibahagi kepada beberapa kategori yang merangkumi landskap,kediaman, komersil, institusi, pinggir jalan dan kemudahan awam.

JENIS-JENIS LANDSKAP
Landskap lembut merangkumi  penggunaan tumbuh-tumbuhan seperti tumbuhan renek dan   tumbuhan tutup bumi. Selain landskap lembut terdapat  juga landskap jenis keras atau kejur.

PERANAN & FUNGSI LANDSKAP
Secara umumnya, landskap mempunyai beberapa fungsi dan peranan utama.

Fungsi Fizikal Tumbuhan Landskap ialah untuk mengawal hakisan tanah, memberi perlindungan dan teduhan, meredakan iklim, mengawal pencemaran alam, menjadi tirai dan dinding, mengarah pergerakan atau petunjuk arah dan imbangan ekologi dan kehidupan fauna.

Fungsi Estetik Tumbuhan Landskap adalah untuk membentuk ruang, merangka pemandangan, melembutkan, mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi dan menjadi penyatu pelbagai elemen.

Fungsi Ekonomi Tumbuhan Landskap adalah selain daripada yang dinyatakan di atas, tumbuhan landskap mampu menyediakan pemandangan yang baik dan indah serta memberikan faedah kepada masyarakat dan negara dari segi rekreasi, kesihatan, pendidikan dan pelancongan.


No comments:

Post a Comment