Monday 25 April 2011

Kekerapan Pemeriksaan Kehamilan di Klinik Kesihatan Kerajaan

Kekerapan Lawatan Bulan Kehamilan
Lawatan pertama Wajib dibuat pada atau sebelum 12 minggu (3 bulan) kehamilan
Sebulan sekali 1 hingga 7 bulan
Dua minggu sekali 7 hingga 9 bulan
Setiap minggu 9 bulan hingga lahir

Perubahan Fizikal semasa Hamil

Perubahan Keterangan
Perubahan buah dada Pada bulan keempat kehamilan, buah dada akan membesar. Bahagian puting dan sekeliling puting (aerola) akan bertukar menjadi gelap. Ibu perlu menggunakan baju dalam yang bersesuaian untuk menampung saiz buah dada yang telah berubah.
Pening dan mabuk Mabuk atau “morning sickness” boleh berlaku di sekitar bulan ketiga kehamilan. Ia berlaku bukan sahaja pada waktu pagi tetapi tidak mengira waktu. Mabuk yang melampau akan menyebabkan si ibu muntah.
Kerap kencing Masalah ini berlaku apabila kandungan semakin membesar. Ini kerana kandungan menekan pada pundi kencing.
Bengkak kaki Kaki membengkak biasa berlaku pada peringkat pertengahan kehamilan. Berat ibu yang betambah akan menjejaskan kaki dan pergelangan kaki.

Organ Reproduktif Perempuan dan Fungsinya

Organ Fungsi
Vulva
  • Vulva adalah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar.
  • Ia terdiri daripada vagina, clitoris, labia minora dan labia majora.
Ovari
  • Setiap perempuan mempunyai dua ovari.
  • Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum.
  • Sel ovari turut mengeluarkan hormon progesteron.
Saluran Fallopian
  • Saluran Fallopian menghubungkan uterus dengan ovari.
  • Ia menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus.
  • Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran Fallopian.
Uterus
  • Tempat ovum melekat selepas disenyawakan. Janin akan membesar dalam ruang uterus.
Lapisan dinding uterus
  • Lapisan yang terdiri daripada otot.
  • Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah disenyawakan melekat.
  • Semasa proses kelahiran, otot-otot ini menguncup untuk membantu proses mengeluarkan bayi.
Serviks
  • Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali.
  • Di dalamnya terletak saluran yang menyambungkan faraj dengan uterus.
Faraj
  • Bahagian yang menyambungkan organ reproduktif dengan luar tubuh.
  • Ia adalah organ persetubuhan perempuan.
  • Faraj juga adalah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi.

Organ Reproduktif Lelaki dan Fungsi

Organ Fungsi
Zakar
  • Organ persetubuhan lelaki yang menyalurkan semen dan sperma untuk tujuan reproduksi.
  • Zakar juga berfungsi untuk menyalurkan air kencing keluar daripada tubuh lelaki.
Testis
  • Organ yang menghasilkan sperma.
  • Sel-sel dalam testis mengeluarkan hormon lelaki iaitu testosteron.
  • Hormon testosteron mengembangkan sifat kejantinaan lelaki apabila meningkat baligh seperti pertumbuhan janggut, misai, bulu pada kemaluan, bentuk tubuh lelaki dan perkembangan organ jantina lelaki.
Kelenjar prostat
  • Kilang yang menghasilkan bendalir cair bersifat alkali.
  • Bendalir ini adalah sebahagian daripada komponen air mani.
  • Sifat alkalinya melindungi sperma daripada tindak balas asid dalam saluran air kencing dan dalam faraj perempuan.
Saluran urethra
  • Saluran yang mengalirkan air mani dan air kencing.

PERIKSA KESIHATAN

Jenis Pemeriksaan Kebaikan Alat-Alat Ujian
Tekanan darah Dapat mengesan dengan lebih awal tanda-tanda tekanan darah tinggi. Sphigmomanometer
Glukos darah Dapat mengesan tahap glukos di dalam darah dan membantu sebagai amaran untuk mengawal pengambilan gula atau rawatan awal Glucometer dan strip
Kolesterol Dapat mengesan tahap kolesterol darah dan membantu menyedarkan seseorang seseorang mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman. Accutrend dan strip
Pengesanan barah pangkal rahim Dapat mengesan awal sel-sel kanser di pangkal rahim dan dirawat awal. Spatula, mikroskop
Penglihatan Dapat mengesan awal masalah penglihatan (rabun dekat atau jauh). Carta Snellen
Pendengaran Dapat mengesan awal masalah pendengaran dan membuat rujukan untuk rawatan. Audiometer
Berat badan/ Indeks Jisim Badan (IJB) Dapat mengetahui tahap IJB dan membantu untuk mengawal pemakanan serta kecergasan fizikal. Alat timbang, body meter, penimbang dan kalkulator

CATAN

Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan untuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel). Media catan yang tertua sekali ialah tempera. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Selain daripada kemahiran menggunakan  media pilihannya, pelukis juga perlu  peka terhadap prinsip-prinsip dan asas seni serta mempunyai kebolehan membuat penerokaan yang jauh dan mendalam mengenai gaya persembahan. Tujuannya supaya hasil karya yang bermutu dan mempunyai identiti tersendiri serta nilai estetika yang tinggi akan terhasil. Catan juga merupakan salah satu cabang seni tampak yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Perkembangan seni tampak di Malaysia makin terserlah dengan lahirnya pelukis-pelukis seperti Syed Ahmad Jamal, Mohd. Hossein Enas, Jaafar Taib, Mazli Mat Som, Cheong Lai Tong dan lain-lain lagi. Mereka telah mewarnai seni tampak di  negara ini. Seni  tampak di Malaysia sememangnya tidak dapat lari daripada dipengaruhi oleh aliran-aliran barat. Terdapat pelbagai aliran yang dipelopori oleh para pelukis ini.

SEJARAH CATAN

Sejarah seni catan bermula sejak zaman Yunani Purba. Media yang digunakan pada masa itu adalah fresco dan mozek. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama. Pelukis Yunani yang terkenal ialah Polyguotos, Zeuxis, Protogenis dan Apelles. Zaman Renaisance atau dikenali sebagai zaman kelahiran semula merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman Renaisance boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu ’Renaisance Peringkat Awal’ (1378– 1500 TM), ‘Renaisance Peringkat Kemuncak’ (1500TM -1530 TM) dan 'Renaisance Peringkat Akhir’ (1530 TM –1600 TM). Media catan yang popular pada masa itu ialah fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Subjek catan kebanyakkannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan peperangan. Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk realistik. Terdapat ramai pelukis realisme yang masyhur pada zaman itu. 

PUALAMAN

Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.

CORAK ANYAMAN

Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selang seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jika dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Kini terdapat 13 corak yang dianyam iaitu
  1. Corak Tapak Catur
  2. Dianyam dalam dua atau tiga warna dengan mencantum warna cerah dan gelap.
  3. Corak Mata Bilis
  4. Dua warna dipilih iaitu terang dan gelap. Kedua-dua warna timbul seperti mata bilis.
  5. Corak Beras Patah
  6. Hampir sama dengan mata bilis. Warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Gambarannya seakan beras patah.
  7. Corak Palembang
  8. Asalnya dari Palembang. Petak empat segi biru atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi pula jalur-jalur dua warna – merah dan putih.
  9. Corak Bugis
  10. Asal daripada Bugis. Penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih, misalnya. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar. Ia juga dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.
  11. Corak Muar
  12. Berasal daripada Muar, Johor. Motif-motif berpetak empat segi. Anyaman dua warna antara merah dan biru. Dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran dan biru.
  13. Corak Selang – seli
  14. Penggunaan dua warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.
  15. Corak Berdiri
  16. Kurang mendapat sambutan daripada pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus adalah amat sukar.
  17. Corak Serong
  18. Corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh corak ini. Amat digemari oleh para penganyam.
  19. Corak Ketapang Gilir Kacang
  20. Seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna cerah dan gelap.
  21. Corak Malaysia
  22. Corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru. Petaknya seakan-akan bendera Malaysia.

ANYAMAN

SEJARAH ANYAMAN

Anyaman berasal daripada tumbuhan jenis Pandanus (pandan dan mengkuang) boleh didapati dengan banyaknya di Asia. Tumbuhan jenis ini boleh didapati bermula dari kawasan Mauritius di Lautan India, India Selatan, Siam, Indo-China, Malaysia sehingga di sepanjang Kepulauan Pasifik. Pelbagai jenis rupa dan bentuk kraftangan boleh dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman daripada jenis tumbuhan pandanus ini. Bentuk-bentuk anyaman pula dibuat berdasarkan kepada fungsinya. Contohnya bagi petani atau nelayan, kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk seharian.

Daripada semua jenis tumbuhan ini, pandanus merupakan bahan paling terkenal terutama untuk anyaman bakul dan tikar. Di Kelantan, pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-1794) telah terdapat penggunaan ‘ tikar Raja’ yang diperbuat daripada rotan tawar dan bemban. Daun pandan dan mengkuang digunakan lebih terkemudian.

Tulisan mengenai seni anyaman daripada jenis tumbuhan pandan ini adalah berdasarkan kegiatan yang dilakukan di Rusila, Kuala Terengganu. Terdapat satu bengkel yang dikelolakan oleh PKKM. Pusat seni anyaman Terengganu terletak di daerah dan kampung-kampung berhampiran. Bermula dari Dungun, Marang, naik ke utara di sepanjang pantai menuju ke Kuala Terengganu iaitu Kampung Rusila, Rhu Renggeh, Kijing, Chendering dan Kuala Ibai.

Kampung Rusila terletak 10 kilometer ke selatan bandar Kuala Terengganu. Di kawasan pinggir pantainya dipenuhi pohon-pohon pandan.Tumbuhan ini hidup subur meliar di sekitar belakang rumah penduduk kampung yang kebanyakannya terdiri daripada para nelayan. Ramai penganyam yang mahir berasal dari kampung ini, misalnya Puan Minah Mohammad, Puan Wook, Puan Mariam dan pembantu mereka, Puan Semah Taib. Terdapat lebih kurang lima puluh satu kelarai telah dapat diperkenalkan oleh mereka. Selain daripada menganyam, mereka juga telah dilantik sebagai tenaga pengajar di Pusat Kraftangan Chendering. Puan Wook pernah memenangi beberapa pertandingan menganyam dan pernah dibawa ke Amerika Syarikat bagi mempromosikan kraftangan Malaysia.

BAHAN ASAS MENGANYAM

Bahan asas dalam menganyam secara tradisional ialah pandan dan mengkuang. Terdapat juga beberapa jenis bahan yang lain seperti rotan, tali, buluh dan sebagainya tetapi tidak begitu popular. Masyarakat Melayu menggolongkan pandanus kepada dua jenis iaitu pandan dan mengkuang. Menurut Burkill, terdapat sekurang-kurangnya lima jenis pandan di Malaysia iaitu:
  1. Pandan duri ( pandanus octracapus )
  2. Pandan bunga/pandan perah/pandan ikan ( pandanus aurantiacus )
  3. Pandan hutan ( pandanus haoulitti )
  4. Pandan laut ( pandanus tectorius )
  5. Pandan tikus/selangseng/sendayan ( pandan oratus )
Dua jenis pandan yang biasa digunakan di Terengganu ialah pandan perah dan pandan laut. Pandan perah lebih dikenali sebagai pandan minyak di sini. Biasanya tumbuh subur di lopak air masin, alur sungai agak jauh daripada laut. Pandan laut pula tumbuh di tepi-tepi pantai.Mengkuang juga termasuk jenis pandanus. Ia tumbuh subur di kawasan lopak-lopak belukar dan sawah padi yang lembab. Masyarakat Melayu membezakan jenis pandan dan mengkuang berdasarkan tempat tumbuhnya. Perbezaan juga sebenarnya dapat dilihat daripada segi fizikal. Hasil ciptaan dari kedua-dua jenis bahan ini adalah berbeza terutama dari segi mutunya.

ALATAN MENGANYAM

Selain daripada persediaan bahan asas, penganyam juga harus menyediakan beberapa alat kelengkapan lain sebelum proses menganyam dimulakan. Terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menyediakan bahan untuk menganyam seperti parang, jangka, pelurut, penyisip, tempayan, besen, periuk, dapur dan ampaian.


PROSES PENYEDIAAN DAUN

Proses penyediaan daun bermula daripada mengambil daun dari pokok hinggalah daun itu sesuai untuk dianyam. Antara proses-proses yang perlu dilakukan ialah pemilihan dan pemotongan daun, melayur daun, menjangka daun, melurut dan merendam.


PEWARNAAN

Proses pewarnaan pandan/mengkuang terbahagi kepada dua cara, iaitu cara tradisi dan moden. Proses pewarnaan secara tradisi sudah kurang digunakan lagi kerana prosesnya yang agak rumit.

Proses Pewarnaan Tradisi

Pewarnaan secara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah kuning, merah dan biru kehitaman.

Pewarnaan Cara Moden

Pewarnaan secara moden pula menggunakan bahan pencelup ‘dyestuff’ (semasa basic) serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan.

Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh dan dikacau. Bilah-bilah pandan / mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut.Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup selama antara 15 hingga 20 minit.

Selepas dicelup, tongkol-tongkol pandan/mengkuang diangkat dan dibiarkan seketika untuk sejuk. Tongkol-tongkol ini kemudian dibasuh dengan air biasa atau air sabun. Ikatan tongkol dibuka dan dijemur hingga kering di tempat yang redup atau jauh dari cahaya matahari bagi mengelakan warna daripada pudar.

 PROSES DAN TEKNIK ANYAMAN

Proses anyaman adalah proses yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti. Kesabaran juga perlu kerana proses ini memakan masa yang agak lama untuk menyiapkannya bergantung kepada saiz anyaman yang dilakukan. Proses anyaman mempunyai lima peringkat iaitu lagang, anyaman, melurut, sisip dan kerat.