Monday 18 April 2011

PETUA

HILANGKAN KEDUTAN PADA PERUT
  • Campurkan 1 camca besar kapur sirih, 20 titik minyak kayu putih & 1 camca besar air limau nipis.
  • Sapu pada perut selepas bersalin
  • Lakukan beberapa minggu

BULU MATA PANJANG & LEBAT
  • Celupkan tangkai daun sirih ke dalam lendir daun lidah buaya
  • Sapu pada bulu mata

HITAMKAN RAMBUT
·         Keringkan kulit pisang masak
·         Bakar kulit pisang hingga jadi abu
·         Campurkan abu kulit pisang bersama 2 camca besar kelapa parut & air perahan sebiji limau nipis
·         Sapu bancuhan pada seluruh kulit kepala
·         Biarkan selama 15-20 minit
·         Cuci hingga bersih


HILANGKAN PARUT
·         Sediakan 1 sikat pisang emas masak
·         Ambil beberapa biji pisang & kupas kulitnya
·         Tenyehkan bahagian dalam kulit pisang tersebut pada parut
·         Lakukan setiap hari


SEMPITKAN FARAJ
  • Ambil serbuk teh secukupnya
  • Rendamkan bersama air panas di dalam besen sedrehana besar
  • Duduk di atas besen dengan jarak yang agak jauh sedikit
  • Berwap selama beberapa minit

LICINKAN KULIT
·         Parut sebiji epal @ sebiji tomato yang cukup masak
·         Gosok pada wajah & leher perlahan-lahan
·         Biarkan selama 20 minit
·         Cuci dengan air suam
·         Lakukan berulangkali


KURANGKAN BATUK KANAK-KANAK
  • Ambil 1 biji limau nipis & belah 2
  • Sapu kapur sirih ke atas limau tadi
  • Sapu di bahagian tekak anak sebelum tidur

 BAYI SELESEMA
  • Sapukan minyak kelapa di ubun-ubun bayi

PERUT BAYI KEMBUNG
  • Ambil beberapa helai daun salad & daun mengkudu
  • Salai seketika di atas api sehingga terasa panas-panas suam
  • Letakkan daun tadi & balik dengan bengkung khas untuk bayi
  • Biarkan sejuk
  • Ulangi beberapa kali hingga kembung bayi hilang

SUPAYA ANAK LEKAS TIDUR
  • Ambil biji buah pala & parut
  • Campur sedikit air & pupuklah pada ubun-ubun anak

KURUSKAN BADAN
  • Rebus sedikit campuran rempah ratus seperti ketumbar, jintanmanis, jintan putih, lada hitam & halia dengan 1 cawan air
  • Minum sewaktu air masih suam pada setiap pagi, petang & malam

PERUT KENDUR SELEPAS BERSALIN
  • Sehari selepas bersalin, sapu bancuhan ½ camca kapur makan dengan ½ biji limau nipis (perahan air)
  • Sapu di bahagian perut
  • Amalkan selama 40 hari

SAKIT ANGIN MEDU & ULURAN
  • Ambil 1 biji telur ayam kampong
  • Campurkan dengan ½ air bergas
  • Kacau sebati
  • Amalkan minum setiap pagi

KULIT MELECET
  • Sapu sedikit minyak masak yang belum digunakan @
  • Sapukan bawang merah pada tempat melecet

KURANGKAN DARAH TINGGI
  • Sediakan 1 mangkuk bulu jagung yang telah tua
  • Bersihkan dulu sebelum direbus dengan air sebanyak 4 gelas
  • Biarkan air mendidih selama beberapa ketika selepas airnya tinggal separuh, angkat.
  • Minum air rebusan 3x sehari

PENAWAR SAKIT KEPALA
  • Ambil 1 gelas air panas & potong 1 ulas bawang merah
  • Masukkan ke dalam air panas tadi
  • Tutup seketika & setelah suam, minum air tersebut

SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
  • Amalkan minum air kunyit 1x 1 hari
  • Hari berikutnya, minum air halia, lempuyang, daun sirih, jambu batu, daun mengkudu & gandasuli
  • Selawat 3x sebelum minum

HILANGKAN BAU BOTOL SUSU
  • Basuh botol susu
  • Rendam dalam air sejuk selama 10-15 minit
  • Masukkan air suam, sedikit serbuk sabun & sedikit garam
  • Goncang hingga berbuih & biarkan sebentar
  • Buang air sabun & masukkan semula air suam & garam, berus rata-rata
  • Bilas botol bersih-bersih & keringkan

ELAK MINYAK TERPERCIK
  • Panaskan minyak & taburkan sedikit garam
  • Kemudian barulah menumis bawang

ENAKKAN RASA NASI PUTIH
  • Masukkan 1 sudu besar marjerin @ minyak sapi ke dalam periuk nasi sebelum memasak
  • Nasi akan lebih enak, sedap & tahan lama

MUDAH BUANG AIR BESAR
  • Rebus 5@6 helai daun pokok delima bersam 1 gelas air
  • Biarkan mendidih seketika
  • Apabila suam, minum 2@3x

LAWASKAN KENCING
  • Ambil 1 batang lobak putih, bersih & parut
  • Campur bersama beberapa ketul gula batu yang telah dihancurkan
  • Embunkan semalaman
  • Selawat 3x & minum setiap hari

JAUHKAN SEMUT
  • Ambil 2@3 helai daun durian belanda
  • Masukkan ke dalam balang gula

PENYAKIT CAMPAK
  • Ambil akar lalang secukupnya
  • Rebus dengan 1 gayung air
  • Biarkan sejuk sedikit
  • Mandikan

RAWAT BATUK
  • Campur sedikit gula batu, air halia & 1 biji telur
  • Kacau sebati
  • Kukus campuran tadi beberapa minit hingga telur ½ masak
  • Keluarkan & makan ketika ianya masih panas
  • Lakukan berulangkali

UBATI KAYAP
  • Ambil duri pokok kekabu sebanyak 10 batang
  • Asah hingga agak pekat airnya
  • Sapu pada kayap
  • Lakukan berulangkali

ELAK LUKA KECIL BERDARAH
  • Jirus air ais kosong pada luka
  • Sapu ubat
  • Balut

HILANGKAN JERAGAT
  • Kisar 1 biji timun hingga hancur
  • Gaul dengan sedikit tepung jagung hingga pekat
  • Sapu pada muka
  • Biarkan kering lebih kiurang 15 minit
  • Amalkan selalu terutama pada waktu malam

LEMBUTKAN TANGAN
  • Ambil hampas teh yang telah digunakan
  • Ramas & lulur pada tangan selama 2@3 minit
  • Bilas dengan air bersih
  • Amalkan 2x sehari

KECILKAN PORI-PORI
·         Ambil 3 camca susu masam
·         Sapu pada wajah serta leher
·         Biarkan selama 15 minit
·         Cuci hingga bersih


 KECUTKAN JERAWAT
  • Ambil sebatang kulit kayu manis
  • Asah dengan sedikit air @
  • Tumbuk hingga keluar cecair pekat
  • Sapu pada muka
  • Biarkan semalaman
  • Esoknya, cuci muka dengan air suam

CANTIKKAN RAMBUT
  • Ambil putih telur & campurkan sedikit madu lebah
  • Gaul hingga sebati & lumur pada rambut
  • Biarkan 10-15 minit & bilas dengan air suam
  • Amalkan 1 minggu 2x

LEGAKAN BATUK
Ambil segenggam bunga belimbing buluh
Rendam dalam segelas air panas
Apabila suam, selawat & minum


SEMUT TIADA DI MEJA MAKAN
  • Ambil tali yang dibuat dari serat pisang
  • Rendamkan ke dalam minyak masak yang belum digunakan lagi
  • Ikat tali tadi pada kaki meja

HILANGKAN SAKIT KEPALA
  • Ambil segenggam daun turi, 7 biji lada hitam, bawang putih secukupnya & 1 sudu cuka makan
  • Tumbuk kesemuanya hingga lumat
  • Masukkan cuka & gaul rata
  • Sapu pada dahi yang sakit
  • Lakukan beberapa kali

LEGAKAN LELAH
  • Ambil daun pokok sukun
  • Rebus & minum

RENDAHKAN TEKANAN DARAH
  • Ambil daun pokok sukun
  • Rebus & minum

KUKU BERSIH BERKILAT
  • Ambil sebiji bawang putih & belah dua
  • Sapu getahnya di atas kuku tangan & kaki
  • Biarkan hingga kering & ulang beberapa kali


SEMBUHKAN LUKA BERSALIN
  • Ambil sebiji buah manjakani
  • Gosokkan di bahagian punggung pasu
  • Serbuknya disapu di tempat luka/jahitan di bahagian faraj

HILANGKAN BAU MULUT
  • Ambil 10 kuntum bunga cengkih & 3 ulas bawang putih & tumbuk halus
  • Gosok pada gigi & berkumur hingga bersih
  • Lakukan 3x sehari

HILANGKAN CENGKAM KUKU
  • Panaskan beberapa biji limau pada kayu api
  • Titiskan pada kuku yang mencengkam
  • Ulangi 2-3x sehari

GORENG SOTONG TAK MELETUP
  • Bersihkan sotong & gaul bersama bahan yang ditumbuk seperti cili merah,bawang merah bawang putih dll
  • Perapkan ½ jam
  • Panaskan sotong dalam kuali & biarkan ½ masak hingga keluar air sotong
  • Toskan sotong & gaul dengan tepung & goreng seperti biasa

AIR SOYA LEBIH SEDAP
  • Ketika rendam kacang soya, campur sekali segenggam kacang tanah
  • Kisar sekali & masak seperti biasa

HILANGKAN HANYIR IKAN YU
  • Gaul ikan yang telah dipotong dengan sedikit tepung gandum & perahkan sebiji limau nipis
  • Biarkan beberapa minit
  • Cuci dengan air biasa

HILANGKAN BULU KETIAK
  • Ambil 20 biji jintan putih & sedikit kapur barus
  • Gaul rata bersama air perahan limau purut
  • Sapu pada ketiak setelah bercukur






ELAK TERCEKIK TULANG
  • Sebelum mula menyiang ikan, tarik ekor & kepala ikan kearah berlawanan secara serentak hingga ada bunyi ‘prap’
  • Siang ikan tadi & masak macam biasa
  • Kita dapat lihat tulang ikan tadi semasa makan

BISKUT TIDAK LEMAU
  • Tabor sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut
  • Masukkan biskut & tutup rapat

BERSIHKAN GETAH NANGKA PADA PISAU
  • Panaskan pisau hingga kelihatan melekit
  • Bersihkan dengan kain buruk @ kertas surat khabar lama

REDAKAN HIDUNG TERSUMBAT
  • Rendamkan kaki ke dalam air panas
  • Pastikan darjah kepanasannya lebih tinggi daripada suhu badan

RANGSANG ALIRAN HAID
  • Ambil akar bayam duri
  • Rebus & minum

TAMBAH DARAH
  • Ambil 2 genggam daun bayam duri & tumbuk halus
  • Tambah 1 gelas air & tapis
  • Masukkan sebiji telur ayam kampong & kacau
  • Minum

PENYAKIT BRONKITIS
  • Ambil batang bayam duri yang lengkap dengan daun, bunga & akar.
  • Tumbuk halus & rebus dengan 1 liter air
  • Minum setiap pagi & petang

JARI PECAH-PECAH
  • Ambil sedikit gambir & bancuh bersama santan kelapa
  • Kacau rata hingga sebati
  • Sapu pada jari

TAMBAH TENAGA
  • Ambil sebiji telur ayam kampong
  • Ambil kuning telur & makan mentah sebelum & selepas kerja


ATASI CIRIT BIRIT
  • Ambil segenggam daun jambu batu yang masih muda
  • Rebus dengan 2 gelas air bersama secubit garam
  • Didihkan 2 gelas air tadi hingga tinggal ½ gelas air rebusan
  • Minum 2x sehari

LICINKAN KAKI & BETIS
  • Ambil timun batang & potong bahagian hujungnya
  • Hirisan tadi mengeluarkan getah
  • Lumur getah pada kaki & betis
  • Biarkan kering & basuh dengan air garam

TALI PUSAT CEPAT TANGGAL
  • Ambil secubit abu kayu
  • Sapu pada pusat bayi setiap kali mandi
  • Tali pusat akan tanggal antara 3-5 hari tanpa rasa sakit

BUAH DADA BESAR & MENAWAN
  • Amalkan minum air kanji sebelum tidur setiap malam

KOLAH MANDI BERSIH
  • Keringkan kolah, ambil berus sabut & sapukan sedikit ubat gigi di permukaannya
  • Jirus air & buang air kotor
  • Bilas & isikan air bersih

BUANG ANGIN DALAM BADAN
  • Amalkan memakan halia

LICINKAN PERJALANAN DARAH
  • Amalkan makan halia

HENTIKAN BATUK
  • Ambil 1 camca besar madu lebah
  • Campurkan sedikit perahan limau nipis & sedikit air
  • Minum setiap malam

KULIT BERMINYAK
  • Ambil air kelapa tua@muda
  • Basuh kulit muka & biarkan 5 minit
  • Basuh dengan air bersih
  • Amalkan 3x sehari

 HILANGKAN PARUT DI MUKA
  • Ambil air gamat & campurkan dengan bedak sejuk
  • Sapu pada muka & lakukan setiap hari

KILATKAN CERMIN
  • Tuang sedikit minyak tanah pada kain buruk
  • Sapu pada cermin & gosok perlahan-lahan.

LONGGARKAN PENUTUP BOTOL
  • Ambil beberapa gelung gelang getah
  • Lilit pada pangkal penutup
  • Pulas untuk buka

ELAK BUAH BERUBAH WARNA
  • Sapu sedikit air limau nipis sebelum disimpan dalam peti sejuk
  • Buah yang dipotong tidak berubah warna

MONTOKKAN BUAH DADA
  • Bangun dari tidur, selawat 3x dengan tadah tangan menggunakan air bersih
  • Curah air tadi ke buah dada sambil urut ke atas 3x
  • Amalkan selama 1 bulan

HILANGKAN LIPAS
  • Ambil beberapa helai daun pandan
  • Gantung @ simpulkan
  • Letak dalam almari

WAJAH BERSERI
  • Basuh beras & toskan airnya
  • Goring beras tanpa minyak hingga kuning
  • Tumbuk beras hingga halus
  • Simpan dalam bekas kedap udara
  • Ambil sedikit & campur air limau nipis
  • Gosok pada muka & biarkan kering selama ½ jam
  • Basuh muka dengan air suam
  • Lakukan selama 1 bulan

BARANG KEMAS SENTIASA BERKILAU
  • Bancuh 1 sudu teh dengan sedikit air panas
  • Biarkan sejuk & masukkan barang kemas & biar semalaman
  • Esoknya, angkat & berus dengan berus gigi
  • Lakukan beberapa kali

LENTIKKAN BULU MATA
  • Sapu lendir daun lidah buaya pada bulu mata

TEGANGKAN PAYUDARA
  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar
  • Layur di atas api yang sederhana
  • Ramas daun sirih & sapu pada payudara kecuali puting
  • Lakukan 3x berturut-turut

PUSAT BAYI BERNANAH/BERAIR/BERDARAH
  • Ambil air susu badan ibu
  • Letakkan di pusat bayi

MUDAH BERSALIN
  • Seminggu sebelum bersalin, telan sebiji telur ayam kampung setiap pagi tanpa masak

SESAK NAFAS
  • Ambil minyak kelapa & gosok pada atas kepala

HINDARKAN PENYAKIT KANSER/BARAH
  • Amalkan makan sayur petola @pun labu

HILANGKAN TANDA HITAM PADA BAYI
  • Mandikan bayi awal pagi
  • Jilat pada tempat hitam beberapa kali
  • Lakukan sebelum berkumur @ makan sesuatu

HILANGKAN JERAWAT
  • Ambil putik jambu batu yang baru keluar daripada bunga
  • Asah pada pasu/tempayan
  • Hasil asahan, sapu pada muka sebelum mandi
  • Biarkan 15 minit & cuci
  • Amalkan 4 hari 1 minggu

HILANGKAN LUBANG KESAN JERAWAT
  • Kisar sebiji tomato hingga lumat bersama putih telur ayam kampung hingga sebati
  • Sapu seluruh muka
  • Biarkan 15-20 minit & basuh dengan air bersih
  • Lakukan 2x sehari, sebelum tidur

 BERSIHKAN PERIUK HITAM
  • Ambil air & 6-8 keping asam gelugur kering kedalam periuk
  • Panaskan hingga mendidih
  • Gosok dengan penggosok periuk

AYAM GORENG ENAK
  • Tumbukkan 2 sudu ketumbar, 1 sudu jintan putih, 2 ulas bawang putih, 1cm kunyit hidup & 1cm halia,garam secukup rasa
  • Lumur pada ayam sebelum menggorengnya

SAKIT GIGI
  • Ambil 4-5 helai daun bunga raya yang muda
  • Tumbuk hingga halus & keluarkan getah
  • Ambil daun yang lumat & letakkan pada gusi @ gigi yang sakit

SAKIT GIGI
  • Ambil segelas air suam & masukkan sedikit cuka
  • Berkumur hingga hilang rasa sakit

SAKIT GIGI
  • Ambil sebiji belimbing buluh
  • Makan bersama garam & kunyah di bahagian yang sakit

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil tawas & jadikan serbuk
  • Gaul sedikit beras
  • Sapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh
  • Lakukan setiap malam sebelum tidur

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil pucuk jambu batu & ramas dalam air
  • Gosok pada badan & bilas dengan air limau purut
  • Lakukan berulang kali

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar
  • Potong batangnya pendek-pendek
  • Tumbuk hingga lumat
  • Rebus hingga mendidih
  • Jadikan air rebusan sebagai air mandian

 HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil sebiji timun muda & kupas kulitnya
  • Basuh bersih & sapu bahagian yang berbau berulangkali
  • Lakukan beberapa hari selepas mandi

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil beberapa helai daun sirih
  • Ramas & sapu pada bahagian yang berbau setiap malam sebelum tidur

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil limau nipis & gaul sebati bersama kapur sirih
  • Sapu bahagian yang berpeluh

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil sebiji limau & belah dua
  • Sapu pada ketiak

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil beberapa kuntum bunga cengkih
  • Rendam hingga kembang
  • Minum airnya 3x berturut-turut

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil sedikit kapur sirih & campurkan perahan limau nipis
  • Sapu pada ketiak

ELAK PERUT BUNCIT
  • Perah 2 biji limau nipis & bancuh secawan the pekat manis
  • Campurkan kedua-duanya & minum suam-suam
  • Minum selepas sarapan pagi & tengahari
  • Jangan tambahkan gula

KUATKAN KUKU
  • Cucukkan kuku ke dalam bawang putih
  • Lakukan beberapa kali

AWET MUDA
  • Ambil 2 genggam daun pegaga & tumbuk lumat
  • Perahkan dengan menggunakan sedikit air
  • Minum air perahan 3@4x 1 minggu

 TAJAMKAN GUNTING
  • Asah dengan memotong daun serai
  • Asah dengan botol kaca
  • Asah dengan potong daun pandan
  • Asah dengan memotong daun tebu

HILANGKAN KARAT PARUT KELAPA
  • Cuci parut dahulu
  • Ambil sebiji limau nipis & parut dibahagian yang berkarat

HILANGKAN BAU BAWANG DI TANGAN
  • Ambil sehelai daun pandan & tumbuk
  • Masukkan ke dalam bekas berisi air
  • Cuci tangan & bilas dengan air bersih

KETUMBIR DI MATA
  • Ambil beberapa ketul ubi kentang & parut
  • Balut dalam kain nipis
  • Sapu pada mata sambil berbaring

HILANGKAN PANAU
  • Ambil beberapa helai daun gelenggang & hancurkan
  • Campur sedikit minyak tanah
  • Sapu pada panau

PENAWAR KENCING MANIS
  • Ambil sedikit kulit jering, kulit petai & buah pinang muda
  • Rebus bersama 3 gelas air hingga menjadi segelas
  • Minum sebelum tidur

LEGAKAN LELAH
  • Bersihkan 2 tangkai bunga belimbing buluh
  • Masukkan ke dalam bekas tahan panas
  • Campurkan 5g gula batu sebesar ibu jari
  • Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi sedang mendidih
  • Apabila nasi masak, keluarkan bekas ini & biarkan sejuk
  • Minum setiap hari selama 1 minggu

HILANGKAN PARUT KUDIS
  • Ambil sedikit ubat gigi & sapu pada parut
  • Biarkan hingga kering
  • Amalkan selepas mandi & sebelum tidur

HILANGKAN UBAN
  • Ambil daun inai, bersih & tumbuk lumat
  • Campurkan beberapa titis air
  • Sapu pada rambut
  • Biarkan selama 1 jam & biarkan kering
  • Bungkus rambut dengan tuala
  • Bersihkan rambut

HILANGKAN HANYIR IKAN AIR TAWAR
  • Basuh ikan dengan limau kasturi, belimbing buluh & asam jawa selepas ikan disiang & dibersihkan

HILANGKAN HANYIR IKAN AIR TAWAR
  • Balut ikan dengan kertas surat khabar sebelum disiang
  • Masukkan ke dalam peti sejuk

WANGIKAN ALMARI PAKAIAN
  • Ambil beberapa helai daun pandan (sederhana tua).
  • Kerat (3cm) dan letak di dalam almari pakaian.
  • Tukar daun pandan baru selepas 3 hari.

ELAK BISA PAKU BERKARAT
  • Cari bawang putih yang berdaun.
  • Buang kulit, celup dalam minyak, panaskan seketika (api sederhana besar).
  • Tampal bawang putih pada bahagian luka.
  • Tukar bawang putih 2x sehari.

UBAT KENCING LAWAS/PECAHKAN BATU KARANG YANG BELUM SERIUS
  • Ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali.
  • Bersihkan dan rebus dengan kadar air yang sederhana banyaknya.
  • Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam.
  • Minum.

PECAHKAN BATU KARANG
  • Amalkan minum air nanas setiap hari
  • Ambil nanas yang kurang masak
  • Ambil 2 potong & kisar bersama 2 gelas air
  • Tapis sebelum minum sebanyak 2x sehari


SAKIT TUMIT KAKI
  • Ambil 1kg garam kasar, goreng tanpa minyak (api sederhana besar).
  • Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih.
  • Tuam pada tumit yang sakit.

TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
  • Ambil pucuk dan bunga betik.
  • Celur hingga masak dan dimakan.

DARAH TINGGI
  • Ambil secekak daun kucai.
  • Bersih, kisar tanpa guna air dengan sedikit gula batu.
  • Ambil pekatan dan embunkan semalaman.
  • Minum pada sebelah pagi dan sebelum makan.

DARAH TINGGI
  • Ambil 3 helai daun manggis tua
  • Rebus bersama 3 gelas air hingga menjadi segelas
  • Apabila sejuk, minum 3x sehari

KAKI BENGKAK
  • Rendam kaki dengan air rendaman kulit pohon kemboja.

KURANGKAN SAKIT GIGI
  • Ambil getah pohon kemboja.
  • Sapu pada gigi yang berlubang.

SAKIT GIGI
  • Ambil kulit & daun gajus
  • Rebus & minum

SAKIT GIGI
  • Ambil pucuk & daun pokok cengkih
  • Kunyah/tumbuk daun serai hingga hancur
  • Masukkan kedalam air hangat & tambah sedikit garam
  • berkumur

GUSI BERDARAH
  • ambil beberapa helai daun bacang
  • masukkan ke dalam periuk berisi air
  • campur beberapa helai daun inai
  • rebus & apabila mendidih, bubuh sedikit asam gelugur & garam secukup rasa.
  • Berkumur dengan air rebusan

KAIN BATIK TIDAK LUNTUR
  • Ambil beberapa helai daun betik
  • Rebus dengan ½ periuk air
  • Apabila mendidih, angkat & tuang ke dalam 1 bekas
  • Masukkan kain batik & rendam semalaman
  • Esoknya, cuci seperti biasa & jemur

WANGIKAN RAMBUT
  • Ambil air perahan 10 helai daun pandan yang ditumbuk lumat
  • Sapu pada rambut & kulit kepala pada sebelah petang
  • Biarkan beberapa jam
  • Cuci rambut dengan air bersih sebelum tidur

LICINKAN KULIT
  • Parut sebiji epal@sebiji tomato yang cukup masak
  • Gosok perlahan-lahan pada wajah & leher
  • Biarkan 20 minit
  • Cuci dengan air suam
  • Lakukan berulangkali

ELAKKAN PERUT BUNCIT
  • Jangan makan terlalu laju
  • Setiap suapan mesti dikunyah 40x
  • Jangan makan sambil minum air

GUSI BENGKAK
  • Ambil getah pohon kemboja.
  • Sapu pada gusi yang bengkak.

GUSI BENGKAK
  • Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air bersih & sesudu besar air kapur sirih
  • Rebus & minum

GUSI BENGKAK
  • Ambil umbut nanas
  • Hancurkan & campurkan sedikit garam halus
  • Tampal pada gusi

HITAMKAN RAMBUT
  • Ambil biji betik sebanyak 2 sudu.
  • Jemur hingga kering, goreng (jangan hangus).
  • Tumbuk hingga halus, campur sedikit minyak.
  • Cuci rambut dahulu kemudian sapu  ramuan pada rambut yang beruban.
HITAMKAN RAMBUT
  • Basuh rambut dengan pati santan.
  • Biarkan beberapa minit, bilas dengan air biasa.

UBATI LUKA
  • Cari anak batang pisang dan potong.
  • Ambil getah dan sapu pada luka.

  • Sapukan sedikit air madu
HILANGKAN KESAN LUKA TERBAKAR
  • Ambil daun turi.
  • Gosok pada luka yang hampir kering.
  • Bahagian yang digosok akan menggelupas dan tumbuh kulit baru.

REDAKAN SAKIT JANTUNG
  • Ambil sebiji buah pala dan parut.
  • Campur dengan gula dan air panas.
  • Minum apabila air suam-suam kuku.

HILANGKAN GARIS BAWAH MATA
  • Ambil putih telur yang telah disejukkan terlebih dahulu.
  • Letakkan di sekeliling mata.
  • Tutup mata, biar selama 10 minit.
  • Elak lakukan banyak pergerakan muka.
  • Lakukan 2x seminggu.

RABUN MALAM
  • Ambil lobak merah.
  • Kukus dan makan.

SEGARKAN MATA
  • Ambil daun lobak merah.
  • Rendam dalam 1 mangkuk air panas.
  • Biar beberapa minit.
  • Minum 3x sehari sebelum makan.

 PULIHKAN CACAR AIR (CHICKEN POX)
  • Ambil 120 gram lobak merah, 100 gram ketumbar dan 100 gram buah gajus.
  • Rebus kesemuanya dan ambil air rebusan kemudian minum.

HILANGKAN CACING KERAWIT
  • Ambil sebatang lobak merah.
  • Cuci bersih dan buangkan kulitnya.
  • Kisar lobak dengan air masak, tapis dan minum 2x sehari.

 LEGAKAN BATUK KOKOL KANAK-KANAK
  • Ambil 120 gram lobak merah dan 12 biji kurma merah cina.
  • Tambahkan 3 mangkuk air dan didihkan hingga menjadi 1 mangkuk.
  • Minum sedikit demi sedikit setiap hari selama 10 hari berturut-turut.

HILANGKAN DEMAM CAMPAK
  • Ambil 100 gram lobak merah, 100 gram ketumbar dan 60 gram sengkuang cina.
  • Tambah air dan didihkan hingga jadi seperti sup.
  • Amalkan minum setiap hari.

NEUTRALKAN KERACUNAN/HILANGKAN RUAM
  • Amalkan memakan lobak merah setiap hari.

SAKIT SENGGUGUT
  • Ambil bawang merah dan hancurkan.
  • Sapu, urut pada bahagian perut/ari-ari yang sakit.

HILANGKAN BAU KETIAK
  • Ambil beberapa helai daun sirih.
  • Ramas hingga hancur
  • Gosok pada ketiak
  • Lakukan sebelah pagi dan petang sebelum mandi.

PERABOT MENARIK BERKILAU
  • Sapu minyak baby Johnson pada permukaan kayu (sofa,almari,kerusi dll).

PENJAGAAN ALAT SULIT
  • Ambil beberapa helai daun sirih.
  • Ramas dalam air yang bersih.
  • Alirkan pada alat sulit.

PENYERI WAJAH
  • Ambil telur putih dan campurkan sedikit air perahan limau nipis.
  • Sapu pada tisu muka dan tampal pada bintik-bintik hitam.

PENYERI WAJAH
  • Ambil kulit pisang masak
  • Kikis & tumbuk hingga halus
  • Gaul dengan putih telur
  • Lumur pada wajah & biarkan kering
  • Basuh dengan air bersih & lapkan hingga kering
  • Lakukan 3-4x seminggu
PENYERI WAJAH
  • Ambil air basuhan beras yang pertama
  • Basuh muka sambil berselawat
  • Gosok & urut wajah perlahan-lahan
  • Biarkan muka kering & cuci dengan air bersih

PENYERI WAJAH
  • Ambil 2 biji buah tomato
  • Makan sebiji & potong sebiji lagi
  • Tempel buah tomato di muka & biarkan selama 15 minit
  • Basuh dengan air bersih & amalkan setiap pagi

NASI TIDAK HANGIT
  • Letakkan sedikit garam di atas tudung periuk.

TERMOS BERKARAT
  • Masukkan segenggam teh ke dalam termos.
  • Tuangkan air mendidih (½ termos).
  • Biarkan air itu sejuk semalam.

REDAKAN GATAL PADA ALAT KELAMIN
  • Ambil segenggam daun pegaga.
  • Rebus dan minum 2x sehari

ALAT KELAMIN GATAL
  • Rebuskan akar pokok bunga kemboja hingga mendidih
  • Minum 3x sehari selama seminggu

ALAT KELAMIN GATAL
  • Rebus daun sirih
  • Sapu bahagian yang gatal

UBATI KUDIS
  • Ambil kulit pisang kapas
  • Gosokkan pada kudis
  • Lakukan 2x sehari sehingga sembuh
TEGANGKAN KULIT
  • Ambil sebuku gula batu.
  • Rendamkan kedalam segelas air
  • Minum setiap pagi dan petang sambil berselawat.

UBATI KEMANDULAN
  • Amalkan makan taugeh mentah seminggu sekali

 SAKIT KERONGKONG
  • Minum air nasi yang sedang mendidih
  • Lakukan 2x sehari selama 3 hari berturut-turut.

KELAPA PARUT TAHAN LAMA
  • Ambil kelapa parut tadi dan letak ke dalam alat penapis
  • Kemudian letak atas periuk yang mengandungi air panas (supaya wap naik)

HILANGKAN TAHI LALAT
·         Ambil getah bunga kemboja
·         Gunakan kapas untuk sapu getah pada tahi lalat tersebut
·         Lakukan beberapa kali dan biarkan getah kering.

GATAL LUBANG TELINGA KERANA ANTING-ANTING
  • Ambil halia secukupnya
  • Sebelum pakai anting-anting, tusukkan hujung anting-anting pada halia yang telah dibersihkan.

USIR SEMUT
  • Ambil 3-4 tangkai bunga cengkih (lebih elok guna yang masih hijau).
  • Letak pada gula yang dikerumuni semut.

DEMAM PANAS
  • Ambil sedikit asam jawa
  • Ramas dalam semangkuk air
  • Campurkan sejemput beras ke dalamnya
  • Usap pada ubun-ubun.

DEMAM PANAS
  • Ambil beberapa helai daun setawar yang segar & ramas
  • Ambil sehelai kain tuala yang telah dibasahkan
  • Letakkan daun setawar pada tuala dan letakkan di atas kepala
  • Lakukan hingga rasa lega

BIBIR MERAH SEMULAJADI
  • Ambil sebiji kentang dan parut halus
  • Letak kentang pada bibir hingga kering
  • Lakukan 2x sehari pada waktu malam sebelum tidur


KENTALKAN SPERMA
  • Makan 3 biji buah durian mentah selama 3 hari berturut-turut.

SAKIT KEPALA
  • Ambil 7 lembar daun sirih, 3 ulas bawang merah dan kemenyan sebesar ibu jari
  • Giling dan tempel pada dahi

SAKIT KEPALA
  • Rendamkan beberapa helai daun selasih yang segar dalam air panas
  • Apabila sudah suam, minum perlahan-lahan

PUTIHKAN GIGI
  • Ambil buah pinang yang masak
  • Goreng hingga perang
  • Hancurkan dan gosok pada gigi dengan perlahan

HILANGKAN PARUT
  • Ambil bahagian yang lembut di bahagian tengah daun lidah buaya
  • Sapu pada parut

HILANGKAN BAU BADAN
  • Ambil sebiji mentimun muda dan buang kulitnya
  • Sapu pada badan yang banyak keluarkan peluh
  • Lakukan selepas mandi

HILANGKAN JERAWAT/GATAL MUKA
  • Bancuh bedak sejuk dengan air gamat
  • Sapu pada muka

JERAWAT
  • Rendam teh dan embunkan semalaman
  • Cuci muka dengan air tersebut

JERAWAT
  • Ambil beberapa helai daun jambu batu
  • Ramas dengan sedikit air
  • Gosok pada seluruh muka sambil berselawat
  • Lakukan setiap hari

 GUGURKAN BULU ROMA
  • Ambil kacang hijau dan rendam semalaman
  • Ambil kunyit hidup kira-kira 2.5cm
  • Giling lumat bersama kacang hijau dengan sedikit air
  • Sapu ke seluruh betis dan biar hingga kering
  • Basuh dengan air suam

DEMAM KUNING
  • Beri air masak secukupnya
  • Jemur pada cahaya matahari pagi
  • Tutup mata bayi
  • Mandikan dengan air mandian teh Cina.

DEMAM KUNING
  • Rebus sedikit pokok dukung anak dengan sedikit susu kambing
  • Beri bayi minum


KULIT MELEPUH TERBAKAR
  • Sediakan minyak kelapa, ubi kentang dan kain pembalut
  • Kupas kulit ubi kentang, bersih dan celup ke dalam minyak kelapa.
  • Balut pada kulit

SAKIT LELAH
  • Masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan ke dalam masakan.
  • Ia boleh cairkan lendir

ELAK IKAN KERING HANCUR
·         Lumur tepung sebelum goring

ELAK LENGKUAS CEPAT KECUT
·         Basuh lengkuas.
·         Masukkan ke dalam bekas garam kasar.

BERAS TAHAN LAMA
  • Ambil 15 helai daun limau purut
  • Masukkan ke dalam bekas simpan beras.

HALIA SENTIASA SEGAR
  • Tanam halia di dalam tanah
  • Siram setiap hari

TELUR REBUS MASAK RATA
  • Sebelum rebus, masukkan sedikit garam ke dalamnya
  • Gunakan api kecil
SUBURKAN POKOK
  • Ambil air beras atau air bekas basuhan ikan.
  • Siram tanaman

SIMPAN BAKI CAT
  • Tutup tin ketat-ketat
  • Tonggengkan tin ketika menyimpannya
  • Bila nak guna golek2 & tunggangterbalikkan beberapa kali
  • Buka penutup & kacau rata

SIMPAN BARANG MUDAH KARAT
  • Basuh dengan bersih
  • Jemur di tempat panas sebelum disapu dengan minyak kelapa

CUCI LANTAI BERMINYAK
  • Lapkan & tabur sedikit serbuk sabun
  • Bersih dengan kain buruk yang dicelup dengan air bercampur garam.
  • Lakukan beberapa kali hingga lantai benar-benar kering.

BERSIHKAN BILIK MANDI
  • Sapu, sebelum tidur tabur sedikit serbuk kapur rata-rata
  • Renjis sedikit air.Biar semalaman & berus keesokannya

HILANGKAN PAHIT TIMUN
  • Potong sedikit bahagian hujungnya & geselkan pada timun itu berulangkali hingga keluar getahnya.
  • Bersihkan

BERSIH PISAU LEKAT PULUT
  • Ambil sedikit bawang merah yang telah dipotong
  • Gosokkan pada pisau

LEGAKAN BATUK
  • Ambil sedikit kapur
  • Campurkan sedikit perahan asam limau nipis
  • Sapu pada leher & dada

LEGAKAN BATUK
  • Ambil sedikit daun kaduk
  • Kisar dengan sedikit air hingga agak lumat
  • Sapu pada leher

 LEBATKAN RAMBUT
  • Bakar jerami hingga menjadi abu
  • Masukkan kedalam bekas & campurkan sedikit air
  • Ambil kain bersih & tapis air jerami
  • Basuh rambut dengan air tersebut
  • Ramas pada kulit kepala

TELUR REBUS TIDAK RETAK
  • Masukkan limau nipis di dalam air yang mendidih

TAUGE SEGAR
  • Basuh tauge & rendam dalam air
  • Perah air limau nipis & kacau rata

HILANG BAU TENGIK MINYAK
  • Ambil beberapa helai daun pandan & simpulkannya
  • Goreng daun pandan dalam minyak yang berbau tadi & biarkan seketika.

HILANGKAN PAHIT PERIA
  • Rendam peria yang telah dipotong ke dalam larutan garam selama 5 minit
  • Bilas dengan bersih
  • Boleh dimasak

KULIT MUKA BERMINYAK
  • Ambil sedikit madu lebah
  • Campurkan sedikit perahan air limau purut@asam gelugur
  • Sapu pada wajah & biarkan kering
  • Basuh dengan air bersih

BANYAKKAN SUSU BADAN
  • Ambil daun kucai & ikan bilis secukupnya & rebus
  • Makan bersama nasi & amalkan selalu

PAYUDARA BENGKAK (SUSU BANYAK)
  • Bersih daun kubis bulat & sejukkan
  • Tekap pada payudara yang bengkak
  • Biarkan beberapa minit

PELEMBUT RAMBUT
  • Ambil beberapa helai daun bunga raya
  • Ramas bersama sedikit air
  • Sapu pada rambut & seluruh kulit kepala hingga kepala rasa sejuk
  • Biarkan seketika & cuci dengan air bersih
PITAM
  • Rebus akar pokok terung pipit
  • Minum
TUMIT KAKI PECAH-PECAH
  • Ambil akar terung pipit
  • Tumbuk & demahkan pada tumit

KURANGKAN BERAT BADAN
  • Ambil 3 helai daun betik tua & cuci hingga bersih
  • Tumbuk seruas kunyit & sedikit garam hingga lumat
  • Tambah sedikit asam jawa
  • Ramas daun betik bersama segelas air dengan bahan yang ditumbuk tadi
  • Tapis airnya & minum setiap kali hendak makan
  • Lakukan 3x sehari selama seminggu

LENTIKKAN BULU MATA
  • Ambil hampas teh & rendam dalam air secukupnya di dalam gelas
  • Biar embun semalaman
  • Keesokannya, celup jari kedalam gelas tadi & sapu pada bulu mata sebelum tidur setiap malam

LEMAH JANTUNG
  • Ambil sebiji telur ayam kampung & 2 sudu makan madu lebah asli
  • Kacau hingga sebati
  • Minum secara teratur

LAWASKAN AIR BESAR
  • Minum air buah pear (buatkan jus) @ ambil lobak putih, ambil airnya & campurkan dengan 1 sudu madu

HILANGKAN BAU HANYIR
  • Ambil daun jambu batu muda
  • Ramaskan bersama-sama ayam @ ikan yang hendak dibersihkan.

SEMBELIT
  • Ambil sedikit minyak masak yang telah digunakan & sedikit nasi
  • Makan

SEDAP & PEKATKAN KUAH SUP
  • Ambil sebiji ubi kentang & lecekkan
  • Masukkan ke dalam kuah sup

BADAN LETIH LESU
  • Ambil sedikit daun serai, daun pandan daun nangka & rebus
  • Biarkan air menjadi suam kuku.
  • Buat mandian selama 3 hari


GATAL KULIT KEPALA
  • Ambil sedikit daun rambutan
  • Masukkan ke dalam satu bekas yang berisi 3 gelas air & hancurkan daun rambutan
  • Perah 2 biji limau nipis & kacau hingga sebati
  • Tapis air & sapu pada kulit kepala
  • Amalkan 2x seminggu

PELEMBAP MUKA
  • Ambil beberapa lembar daun kubis, sesudu madu lebah & sedikit air
  • Kisar daun kubis hingga halus dan gaulkan
  • Sapu pada wajah sampai ke leher
  • Biarkan selama 20 minit
  • Bersihkan dengan kapas lembap

NAIKKAN SERI WAJAH
  • Ambil kunyit muda yang segar, bersih & potong nipis
  • Jadikan ulam bersama nasi

CARA BETUL URUT WAJAH
  • Gunakan kedua-dua belah tangan
  • Letakkan kedua-dua tangan dibawah mulut (dagu)
  • Pusing jari ke pipi & pipi ke hidung
  • Seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi & disusuli  dengan meminum air suam sebelum sarapan
  • Elakkan urut secara menurun kerana ia cepatkan proses kedutan

HILANGKAN PARUT
·         Ambil segenggam cengkih
·         Kisar halus & campurkan sedikit air
·         Lumur pada parut

HILANGKAN PARUT CACAR AIR
  • Ambil segenggam beras yang telah dibersihkan & 5 helai daun asam serta serbuk kunyit hidup
  • Tumbuk halus & jadikan bedak
  • Pakai ketika hendak tidur & amalkan setiap minggu

BISA TULANG
  • Ambil sekampit garam halus
  • Masukkan ke dalam sebesen air suam
  • Rendam kaki selama 15 minit
  • Lakukan selama 1 minggu berturut-turut.

 WAJAH JELITA
  • Ambil segenggam daun inai yang agak tua
  • Rebus kira-kira 3 cawan air
  • Minum air rebusan sebanyak 3x seminggu

SEMBUHKAN JERAWAT
  • Ambil beberapa helai pucuk jambu batu & tumbuk halus
  • Sapu pada jerawat

JERAWAT
  • Ambil lapisan dalam batang pokok bunga tanjung
  • Giling halus & jadikan bedak
  • Campur sedikit bedak sejuk & beberapa titis air
  • Sapu pada muka

HILANGKAN BAU MESIN PENGISAR
  • Ambil segenggam garam kasar & secawan air suam
  • Masukkan ke dalam mesin pengisar
  • Kisar selama 5 minit

HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK
  • Ambil beberapa helai daun bunga raya & kisar halus
  • Campur dengan bedak sejuk
  • Sapu pada parut
  • Biarkan seketika hingga kering

HILANGKAN PANAU
  • Ambil sebatang lengkuas bersama ubi-ubinya & tumbuk hingga pecah-pecah sedikit
  • Tuang 2 camca besar cuka
  • Gosok pada panau

HILANGKAN PANAU
  • Ambil beberapa helai daun kaduk
  • Tumbuk hingga lumat
  • Tempek pada panau

HILANGKAN KARAT GIGI
  • Ambil sebiji pinang tua & dikacip halus
  • Bakar hingga hangus & tumbuk halus
  • Gosok pada gigi

LICINKAN TUMIT
  • Ambil beberapa ulas bawang putih
  • Kupas kulitnya & gosok pada tumit
  • Biarkan beberapa minit & basuh
  • Lakukan setiap pagi & malam

SIMPAN SUSU LEBIH LAMA
  • Rebuskan 2-3 minit tin susu cair dalam periuk air mendidih
  • Rendam dalam mangkuk air biasa

SUSU TAHAN LAMA
  • Simpan dalam bekas kering dengan beberapa ketul gula batu
  • Simpan di tingkat teratas peti sejuk

KURANGKAN MASIN KUAH
  • Ambil tomato & potong
  • Masukkan ke dalam kuah
  • Masak semula kuah tersebut

GATAL CELAH JARI
  • Ambil gambir sebesar ibu jari & beberapa helai daun dukung anak
  • Tumbuk lumat & lumur pada jari

SAKIT PERUT & MUNTAH
  • Ambil sedikit kapur sirih & sedikit asam jawa
  • Panas pada api & angkat
  • Apabila suam-suam kuku, sapu pada perut & urut perlahan-lahan

SAKIT PERUT & MUNTAH
  • Ambil telur ayam, halia & bawang merah
  • Halia & bawang merah dipotong halus
  • Campurkan dengan telur & kacau
  • Goreng hingga masak tanpa minyak
  • Setelah telur sejuk, sapu minyak kelapa & minyak kayu putih
  • Tampal telur pada perut bahagian atas
  • Ikat dengan kain
  • Biarkan beberapa jam

HILANGKAN BAU PAPAN PEMOTONG
  • Basuh papan pemotong dengan sabun serbuk & gosok sampai rata dengan berus
  • Basuh bersih-bersih & bilas
  • Tabur sedikit baking powder ke atas papan pemotong
  • Gosok dengan kain pengesat@span rata-rata
  • Basuh, bilas & keringkan

SAKIT MATA (BENGKAK)
  • Ambil air madu asli & titikkan ke dalam mata sebelah kiri & kanan 1 titik

DISENGAT LIPAN
  • Sapukan air madu pada tempat gigitan

SAKIT KAYAP
  • Ambil pucuk pokok the pagar
  • Mamah dengan sirih pinang
  • Semburkan pada kayap
  • Apabila kayap belum pecah, ambil garam, mamah & sembur pada kayap
  • Jika menjadi kudis, sembur kelilingnya.

KAYAP
  • Ambil segenggam pucuk daun pokok delima & lumatkan bersama beras yang telah direndam
  • Sapu pada kayap
  • Lakukan 2x sehari

KAYAP
  • Ambil putik nangka & gula melaka
  • Kunyah & sembur pada kayap

HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
  • Ambil sebiji buah lemon
  • Perah pada mata yang lebam
  • Lakukan 2x sehari

SUBURKAN SAYUR/POKOK BUNGA
  • Ambil habuk yang ada pada batang kelapa sawit
  • Campurkan dengan baja kompos
  • Tabur pada pokok

HILANGKAN KELEMUMUR/RAMBUT BERKILAT
  • Perah asam limau nipis & campurkan dengan santan
  • Sapu pada kulit kepala
  • Selepas 5 minit, cuci dengan air bersih

SAKIT BATU KARANG
  • Ambil sebiji nanas muda & tebuk ditengah
  • Ambil tawas sebesar jari kelingking & masukkan ke dalam nanas.
  • Tutup & bakar
  • Ramas nanas & ambil airnya
  • Tapis & minum

HILANGKAN DAKI
  • Ambil secebis kain kapas & basahkan dengan sedikit minyak tanah
  • Gosok ke seluruh badan

PERUT TIDAK BUNCIT SELEPAS BERSALIN
  • Ambil sebiji limau nipis & ambil airnya
  • Campurkan sedikit dengan kapur sirih & minyak kayu putih
  • Kacau hingga sebati
  • Sapu keliling perut & pinggang
  • Setelah kering, ikat pinggang dengan kain
  • Lakukan setiap pagi & petang selama 40 hari sesudah bersalin

KEMPISKAN PERUT
  • Ambil ragi & hancurkan
  • Campurkan dengan sedikit nila
  • Sapu pada perut

TAMBAHKAN NAFSU MAKAN
  • Ambil sebuku temu(temu ireng-hampir menyerupai kunyit)
  • Parut & campurkan dengan sedikit air & tapis
  • Minum airnya 2x sehari

RAWAT CACING DALAM PERUT
  • Ambil beberapa helai daun kaduk & ramas
  • Campurkan sedikit air
  • Siram air itu ke seluruh tubuh

HILANGKAN KURAP
  • Ambil beberapa helai daun peria & bersihkan
  • Ramas & gosok pada kurap

LEBATKAN BULU KENING
  • Ambil isi kelapa tua sebesar 2 jari
  • Bakar di atas api sederhana hingga hitam
  • Angkat & biarkan sejuk
  • Sapu pada kening

HILANGKAN BAU KETIAK
  • Ambil sebiji limau kasturi, belah 2 & gosok di kedua-dua belah ketiak
  • Amalkan 1 minggu 1x sebelum mandi

PENJAGAAN RAMBUT
  • Parut & perah 2 biji nanas muda
  • Lumur ke serata bahagian kepala
  • Biarkan 15 minit & cuci

HILANGKAN BISUL
  • Ambil beberapa helai daun keledek
  • Basuh bersih & tumbuk lumat
  • Tampal sekeliling bisul kecuali mata bisul
CEGAH PANAU
  • Ambil secekak daun kesum
  • Campurkan sedikit minyak tanah
  • Gosok pada panau hingga nampak merah
  • Lakukan setiap hari hingga hilang

DISENGAT LEBAH
  • Ambil beberapa biji asam jawa & belah dua
  • Tekap pada tempat yang disengat
  • Biarkan beberapa ketika hingga sakit hilang

BIBIR PECAH
  • Minum air suam yang dicampurkan dengan gula merah @ gula melaka serta sedikit air perahan asam jawa
  • Minum beberapa kali dalam 1 hari

CEGAH RAMBUT GUGUR
  • Ambil lemak ayam
  • Masak hingga jadi minyak
  • Angkat & biarkan sejuk
  • Sapu pada kepala

LEGAKAN BATUK
  • Ambil ibu kunyit sebesar jari
  • Parut & ambil airnya
  • Campur dengan 2 cawan air tebu tulen
  • Tapis & didihkan sebentar
  • Biarkan suam & minum 3x sehari

UBAT BARAH
  • Amalkan makan lobak merah mentah setiap hari

SAKIT MULUT
  • Ambil sedikit gara,
  • Letakkan pada tempat sakit beberapa minit
  • Berkumur dengan air bersih
  • Lakukan beberapa kali hingga sakit hilang
  • Jangan makan makanan yang pedas
  • Amalkan selalu minum air suam

RAMBUT TIDAK GUGUR
  • Amalkan mandi dengan air kelapa

 HILANGKAN DAKI
  • Ambil petola kering & buang kulit luarnya
  • Keluarkan biji kering
  • Ambil loofah untuk sental daki & basahkan
  • Lumur sabun pada badan & gosok bahagian badan

WANGIKAN PELUH
  • Ambil 20-30 helai daun sirih & bersihkan
  • Rebus bersama segelas air & minum setiap pagi, 3-4x sehari
  • Berselawat

BADAN SEGAR & HARUM
  • Ambil beberapa biji limau purut & belah dua
  • Perah limau ke dalam baldi yang berisi air bersih
  • Kulit limau jangan dibuang
  • Mandi dengan air bersih
  • Sabunkan seluruh badan & bilas dengan air bersih
  • Ambil kulit limau & gosok perlahan di bawah ketiak
  • Mandi dengan air limau

GINCU LEBIH MENARIK
  • Sebelum guna, simpan dahulu dalam peti sejuk
  • Warna gincu akan menarik & tahan lama

LICINKAN KULIT MUKA
  • Ambil daun pegaga & tumbuk
  • Pakai bersama bedak sejuk

SEJUKKAN BADAN & AWET MUDA
  • Ambil daun pegaga & kisar
  • Ambil airnya & minum

ELAKKAN BERAS BERKULAT
  • Masukkan beberapa biji bawang putih kedalam bekas beras tanpa dibuang kulit
  
KELUARKAN SELUMBAR
  • Ambil seulas bawang putih & belah dua
  • Cucuk dengan lidi hingga keluar getah
  • Sapu getah pada bahagian yang terkena selumbar
  • Biarkan semalaman & jangan basuh hingga kering getahnya
  • Bila kering, duri akan terkeluar sendiri

LUKA & LEBAM
  • Parut isi kelapa muda
  • Letakkan sedikit cuka
  • Tampal pada luka/lebam & balut
  • Jika balutan kering,gantikan yang baru

SAKIT TELINGA
  • Letakkan bawang merah hancur yang sederhana panas dibelakang telinga yang sakit
  • Titikkan perahan bawang & minyak zaitun ke telinga pada waktu pagi & petang
  • Bersihkan

NAFAS BERBAU
  • Ambil 3 helai daun sirih
  • Masukkan ke dalam segelas besar air yang mendidih
  • Gunakan air itu untuk berkumur
  • Lakukan 6x sehari


PENAWAR KENCING MANIS
  • Ambil akar pokok petai belalang
  • Rebus bersama 3 cawan air
  • Biarkan kering menjadi 1 cawan air
  • Selawat 3x & minum 1 hari 1x

ELAK BERDENGKUR
  • Ambil 7 biji buah badam
  • Tumbuk hingga lumat
  • Minum

HILANGKAN PERIT TEKAK
  • Ambil 3 camca garam & ½ gelas air sejuk
  • Bancuh garam hingga larut
  • Berkumur 2x sehari

 SEGARKAN BADAN
  • Ambil air basuhan beras yang telah bersih
  • Minum 1x sehari

HAPUSKAN BINTIK HITAM
  • Ambil lobak merah & kupas kulitnya
  • Cuci & potong nipis
  • Rendam dalam putih telur ayam
  • Biarkan seketika & sapu pada muka

HILANGKAN KELEMUMUR
·         Ambil 2cm halia & buang kulitnya & tumbuk hancur
·         Sapu & gosok pada kulit kepala
·         Lakukan beberapa kali

LEMBUTKAN RAMBUT
  • Ambil secekak kangkung & bersihkan
  • Bubuh 6 camca air suam & ramas kangkung hingga keluar lendir dalam sebuah bekas
  • Sapukan lendir ke seluruh rambut & biarkan seketika
  • Bilas rambut dengan air bersih
  • Lakukan 2 minggu 1x

HAPUSKAN KUTU
  • Ambil beberapa helai daun durian belanda & tumbuk halus
  • Campurkan sedikit air & ratakan pada kulit kepala
  • Bungkus dengan tuala & biarkan beberapa jam/semalaman
  • Bilas rambut hingga bersih

LEGAKAN SELESEMA
  • Ambil jintan hitam & tumbuk halus hingga hancur
  • Bungkus dengan perca kain
  • Cium berkali-kali secara berterusan

SAKIT BENGKAK TEKAK
  • Ambil 1 cawan air didih nasi
  • Minum

SIMPAN TELUR LEBIH LAMA
  • Letakkan bahagian tirus ke atas di bahagian tempat letak telur (supaya ruang udara lebih banyak dibawah)
  • Simpan dalam peti sejuk