Tuesday 31 May 2011

KEBAIKAN BERLARI

  • Berlari dapat menguatkan jantung dan memastikan kelancaran arus darah dan oksigen ke seluruh tubuh yang dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan jantung. 
  • Ianya juga dapat membantu untuk mengurangkan tekanan darah ke paras normal dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh agar lebih berkesan dan cekap untuk melawan kuman.
  • Ia juga dapat meningkatkan kepadatan tulang yang boleh menyebabkan sakit tulang belakang.
  • Berlari merupakan cara yang efisien untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan. 
  • Jika berat badan kita  berada dalam keadaan yang sihat, dengan berlari juga dapat membantu untuk mengekalkannya. 
  • Tetapi, jangan rasakan apabila anda sudah berlari, anda boleh untuk makan apa sahaja yang anda inginkan. 
  • Peraturan asas penurunan berat badan adalah anda perlu membakar kalori lebih daripada yang anda ambil.
  • Berlari merupakan satu bentuk latihan untuk anda mengawal tekanan yang sedang dihadapi. 
  • Kajian telah menunjukkan bahawa orang dewasa sihat yang bersenam secara teratur umumnya lebih gembira daripada mereka yang tidak melakukan senaman.
  • Berlari dapat membantu untuk memberikan anda lebih tenaga untuk melakukan sesuatu tugasan itu dengan lebih efektif.
  • Berlari bukan sahaja berfaedah untuk tubuh badan sahaja, tetapi ia juga merupakan sebagai latihan minda. 
  • Hasil kajian menunjukkan bahawa seorang yang berlari akan lebih fokus dan berdisiplin terhadap tugasan yang mereka lakukan. 
  • Selain daripada itu, ianya juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan seseorang.
  • http://www.top5reason.com/index.php/5-sebab-kenapa-anda-perlu-berlari/

No comments:

Post a Comment