Saturday 30 April 2011

BAHASA TAMPAK (Asas-Asas Senireka)

UNSUR-UNSUR SENI

Terdiri daripada 6 elemen asas iaitu :
(a)       Garisan             (d)      Jalinan
(b)       Rupa                 (e)      Ruang
(c)       Bentuk               (f)       Warna 

Garisan
1.  Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu.
2.  Garisan boleh didapati pada alam semulajadi dan objek buatan manusia.
3.  Kelebihan garisan ianya dapat timbulkan kesan jalinan, ekspresi, irama dan pergerakan.
4.  Aplikasi pelbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan
     gambaran bentuk, ruang dan gerakan.
5.  Garisan juga dapat membentuk terang-gelap, tebal-nipis, dekat-jauh, tinggi-rendah dan
     sebagainya.

RUPA
1. Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya.
2. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik.
3. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru.
4. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.
5. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di
    sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim).
6. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.

BENTUK
1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu.
2. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi.
3. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi.
4. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi.
5. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi.
6. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3D.

JALINAN
1.  Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek.
2.  Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.
3.  Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak.
4. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian
   (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia).
5. Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui
    sentuhan.

RUANG
1.   Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling
     objek, atau jarak antara dua objek.
2.  Ianya juga wujud di sekeliling rupa dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.
3.  Secara umumnya, ruang ialah bahagian yang tidak dipenuhi oleh rupa atau bentuk sama
     ada 2D atau 3D.

WARNA
1. Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.
2. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna
    tertier.
3. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan
    warna sekunder dan warna tertier.
4. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan
    daripada campuran dua warna asas.
5. Warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

PRINSIP=PRINSIP REKAAN
Merupakan pengolahan 6 jenis unsur-unsur seni iaitu :
            (i)         Harmoni           (v)        Pergerakan
            (ii)        Kontra              (vi)       Kepelbagaian
            (iii)       Penegasan       (vii)      Kesatuan
            (iv)       Imbangan 

HARMONI
1.  Harmoni wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni
     mengikut cara atau gaya yang tertentu.
2. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan,
   objek atau imej.

KONTRA
1.  Kontra wujud apabila salah satu daripada unsur-unsur seni mempunyai ciri-ciri yang                 
     bertentangan di antara satu sama.
2. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni.
3. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas
    penegasan).

PENEGASAN
1.  Penegasan ialah sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian
     tampak.
2. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan 
    gubahan  lebih dramatik.

IMBANGAN
1.  Imbangan ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan
    graviti, sama kecerahan warna, sama  padan dan sama gaya penampilan.
2. Terdapat tiga jenis imbangan iaitu  imbangan simetri, imbangan tidak simetri dan imbangan
    semua arah.

PERGERAKAN
1.  Pergerakan wujud apabila  terdapatnya keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar,
     berayun, bersinar-sinar dan sebagainya.
2. Pergerakan bertujuan untuk memberi ‘nyawa’, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak
    dua dimensi.

KEPELBAGAIAN
1.  Kepelbagaian merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang
     berbeza.
2. Susunan atau ulangan unsur-unsur  seni yang bertentangan arah dan  berbeza saiznya akan
    mewujudkan  kepelbagaian.

KESATUAN
1.  Kesatuan merupakan olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara  sistematik,
     berpandukan grid dan berdasarkan tema atau idea sesuatu hasil karya.
2. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan  kesatuan.

No comments:

Post a Comment