Saturday 23 April 2011

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ianya begitu penting kepada guru kerana guru dapat memahami mengapa pelajar bertingkah lagu begini atau begitu dan dapat membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri. selain itu, guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Guru juga dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar daripada segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Disamping itu, guru dapat merekacipta soal selidik yang mudah di dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajarnya terutamanya bagi pelajar yang bermasalah. Guru juga dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu di dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, ponteng sekolah, merokok dan sebagainya selain untuk memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar.

No comments:

Post a Comment