Organ | Fungsi |
Vulva | - Vulva adalah komponen organ reproduktif perempuan yang membentuk organ kemaluan luar.
- Ia terdiri daripada vagina, clitoris, labia minora dan labia majora.
|
Ovari | - Setiap perempuan mempunyai dua ovari.
- Ovari menghasilkan hormon estrogen dan sel reproduktif perempuan atau ovum.
- Sel ovari turut mengeluarkan hormon progesteron.
|
Saluran Fallopian | - Saluran Fallopian menghubungkan uterus dengan ovari.
- Ia menyediakan saluran perjalanan untuk pergerakan ovum yang telah disenyawakan ke uterus.
- Persenyawaan atau percantuman ovum dan sperma biasanya berlaku dalam saluran Fallopian.
|
Uterus | - Tempat ovum melekat selepas disenyawakan. Janin akan membesar dalam ruang uterus.
|
Lapisan dinding uterus | - Lapisan yang terdiri daripada otot.
- Lapisan ini menyediakan ruang untuk ovum yang telah disenyawakan melekat.
- Semasa proses kelahiran, otot-otot ini menguncup untuk membantu proses mengeluarkan bayi.
|
Serviks | - Serviks berfungsi sebagai leher uterus yang terletak pada bahagian bawah sekali.
- Di dalamnya terletak saluran yang menyambungkan faraj dengan uterus.
|
Faraj | - Bahagian yang menyambungkan organ reproduktif dengan luar tubuh.
- Ia adalah organ persetubuhan perempuan.
- Faraj juga adalah saluran untuk darah haid keluar. Faraj menyediakan sebahagian daripada saluran kelahiran bayi.
|
No comments:
Post a Comment