SURAH DAN AYAT PENAWAR | ||
BIL | NAMA SURAH | PENYAKIT |
1 | Surah Qaaf (ayat 16 – 45) Surah Ah-Qaaf (ayat 21 – 28) Surah Sod (ayat 34 – 61) | penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) |
2 | Surah Al-Buruuj (ayat 1 – 22) | penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil. |
3 | Surah Al-Israa' ayat (40 – 55) | untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang |
4 | Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal | untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks |
5 | Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli | untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit. |
6 | Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah dan Surah An-Naml | khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi. |
7 | Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli | untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki |
8 | Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Ali Imran | untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan. |
9 | Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah | untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit |
10 | Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah | untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness" |
11 | Surah Kahfi ayat 32 - 50 | digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer |
12 | Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal | mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit |
13 | Surah Ah-Qaaf ayat 21 – 28 | untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf |
14 | Surah An-Nahli | banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system) |
15 | Surah Yassin ayat 72 - 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 - 60 | adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah |
16 | Surah Al-Waqiah ayat 36 - 74 | untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan |
17 | Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar | Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser |
18 | Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 | adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan |
19 | Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura | dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia |
20 | Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 | adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati |
Friday, 2 September 2011
SURAH DAN AYAT PENAWAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment