TEMBIKAR/SERAMIK
Tembikar dan alatan seramik merupakan hasil kraf tradisional yang terawal dan dikesan oleh
tamadun manusia. Ia menggunakan bahan seperti tanah liat yang di dapati di kawasan
persekitaran atau tepian sungai dan sawah. Tembikar atau seramik ini digunakan sebagai
bekas kegunaan harian, hiasan dan dalam kematian.
ANYAMAN
Anyaman adalah warisan yang terkenal di kawasan luar bandar. Antara kawasan tersebut
termasuklah negeri Terengganu, Perak, Melaka dan Kedah. Namun begitu anyaman bukanlah
produk tetapi lebih merupakan kemahiran dalam panghasilan produk. Bahan yang biasa
digunakan untuk penghasilan anyaman adalah daun mengkuang atau pandan yang digunakan untuk menghasilkan tikar, tudung saji dan sebagainya.
UKIRAN
Merupakan sejenis warisan yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar yang menjadi identiti
ukiran mereka. Antara motifnya ialah awan larat yang mempunyai unsur-unsur flora dan fauna,
kosmo, geometri dan lain-lain.
TEKAT
Tekat lebih dikenali sebagai tekat bersuji atau sulaman timbul. Merupakan seni sulaman
benang pada kain dasar dan dibentuk dengan menggunakan kertas yang diliputi benang emas.
BATIK
Batik merupakan kraf tradisional yang amat terkenal di Asia yang mempunyai sinonim yang tinggi dengan Gugusan Kepulauan Melayu. Ia mempamerkan kreativiti dan kehalusan seni tekstil yang tinggi. Antara jenis batik termasuklah batik tulis/likis, terap/blok, pelangi, skrin dan sebagainya. Motif yang digunakan sperti flora dan fauna, geometri dan lain-lain.
TENUNAN
Merupakan proses menjalinkan sehelai benang sehingga menjadi sebidang kain. Tenunan
merupakan hasilan jalinan benang losen (benang dasar) dengan benang pakan(benang sisip). Kebanyakan tenunan didominasikan oleh orang Melayu di Terengganu, Kelantan dan Pahang.
No comments:
Post a Comment