Friday 2 September 2011

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

SOALAN 1
Bidang                      : Menggambar
Tajuk                          : Bunga Tulip
Aktiviti                        : Origami
Alat/Bahan              : Kertas warna, gam, gunting, dan kertas lukisan
Soalan                       : Murid dikehendaki menghasilkan gambar dengan teknik
  origami

SOALAN 2
Bidang                      : Membuat Corak dan Rekaan
Tajuk                          : Pembalut Hadiah
Aktiviti                        : Cetakan
Alat/Bahan              : Kertas lukisan, ubi kentang/pelepah pisang, warna poster,
  dan pisau
Soalan                       : Murid dikehendaki menghasilkan corak secara cetakan
  dengan menggunakan bahan semulajadi

SOALAN 3
Bidang                      : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk                          : Selipar Kertas
Aktiviti                        : Tampalan
Alat/Bahan              : Kertas manila, kertas warna, gam dan gunting
Soalan                       : Murid dikehendaki menghasilkan selipar dengan
  menggunakan teknik tampalan

SOALAN 4
Bidang                      : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk                          : Kraf Batik
Aktiviti                        : Tekapan
Alat/Bahan              : Lilin/krayon putih, daun, warna air, berus lukisan dan kertas
  lukisan
Soalan                       : Murid dikehendaki menghasilkan corak batik dengan
  menggunakan teknik tekapan

PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4


SOALAN 1
Bidang                      : Menggambar
Tajuk                          : Buah-Buahan Tempatan
Aktiviti                        : Lukisan
Alat/Bahan              : Kertas lukisan dan warna pastel
Soalan                       : Lukiskan gambar buah-buahan tempatan di dalam sebuah
  bakul

SOALAN 2
Bidang                      : Membuat Corak dan Rekaan
Tajuk                          : Kertas dinding
Aktiviti                        : Resis
Alat/Bahan              : Kertas lukisan, kad manila, warna pastel, gunting, warna air
Soalan                       : Hasilkan corak kertas dinding menggunakan tenik resis

SOALAN 3
Bidang                      : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk                          : Topeng Mata
Aktiviti                        : Guntingan dan tampalan
Alat/Bahan              : Kad manila, gunting, warna air, pelekat (selotape), lidi atau
  batang ais krim
Soalan                       : Hasilkan topeng mata untuk majlis hari lahir

SOALAN 4
Bidang                      : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk                          : Kelarai (anyaman tikar)
Aktiviti                        : Anyaman
Alat/Bahan              : 3 helai kertas warna, kertas lukisan, gam dan gunting
Soalan                       : Hasilkan kelarai (tikar) menggunakan kombinasi 3 warna


PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5

SOALAN 1
Bidang                      : Menggambar
Tajuk                          : Haiwan (dari bentuk geometri)
Aktiviti                        : Guntingan dan Tampalan
Alat/Bahan              : Kertas warna, gunting, gam dan kertas lukisan
Soalan                       : Murid diminta menghasilkan gambar haiwan dari bentuk-
  bentuk geometri yang dipilih

SOALAN 2
Bidang                      : Membuat Corak dan Rekaan
Tajuk                          : Corak Tidak Terancang
Aktiviti                        : Tiupan
Alat/Bahan              : Penyedut minuman, warna air, berus, bekas warna dan
  kertas lukisan
Soalan                       : Murid diminta menghasilkan corak dengan teknik tiupan

SOALAN 3
Bidang                      : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk                          : Topeng Mata
Aktiviti                        : Guntingan dan tampalan
Alat/Bahan              : Kertas warna, gunting, gam dan kertas lukisan
Soalan                       : Murid diminta menghasilkan topeng mata sebagai satu
  perhiasan diri

SOALAN 4
Bidang                      : Mengenal Kraf Tradisional
Tajuk                          : Bunga batik
Aktiviti                        : Resis
Alat/Bahan              : Lilin/krayon putih, warna poster dan kertas lukisan
Soalan                       : Murid diminta menghasilkan bunga batik dengan
  menggunakan teknik resis

KONSEP 1Malaysia

1Malaysia juga dibina berdasarkan idea-idea, komitmen dan nilai aspirasi dan moral asas yang berikut:-
  • Perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman: 1Malaysia digalakkan menerusi keterangkuman, bukan semata-mata toleransi atau rasa hormat. Ini bermaksud bahawa menerima kepelbagaian dalam kalangan kumpulan etnik,menerima kualiti unik yang dibawa oleh setiap kumpulan dan memanfaatkan kepelbagaian ini sebagai suatu aset yang berdaya-saing kepada negara. Sesungguhnya menerusi keterangkuman yang sebenar-benarnya barulah kita dapat membina asas kepercayaan dan kesepaduan .
  • Keadilan sosial: Tidak ada kumpulan yang harus dipinggirkan berdasarkan sebarang unsur latar belakangnya, sama ada dari sudut etnik, agama, politik, geografi atau sosio-ekonomi. 1Malaysia mendorong kerajaan agar memberikan sokongan dan peluang kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan dan merit individu sambil mengambil kira tahap pembangunan yang berbeza antara kumpulan-kumpulan itu.
  • Nilai moral dan aspirasi dijelaskan oleh Perdana Menteri:: Ini merupakan nilai-nilai moral dan aspirasi manusia asas yang telah membentuk kewujudan 1Malaysia. Ia termasuk budaya berprestasi tinggi, ketabahan, hormatmenghormati, budaya ilmu, integriti, kebijaksanaan, rendah hati dan kesetiaan.
  • Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan: Ini merupakan komitmen berkembar kerajaan di bawah 1Malaysia. Rakyat sentiasa diutamakan dalam semua dasar dan projek, dan NKRA serta MKRA telah pun dikenal pasti. Kini,penekanan terhadap pencapaian akan memastikan terlaksananya hasil-hasil yang besar dengan cepat dan hasil yang positif kepada rakyat. 
Aspirasi 1Malaysia
  • Rakyat mengenali diri mereka terlebih dahulu sebagai warga Malaysia,dan kemudiannya barulah berdasarkan latar belakang bangsa, agama, geografi atau sosio-ekonomi
  • Rakyat menggunakan kemahiran dan kekuatan pelbagai mereka, tanpa mengira bangsa dan agama, untuk mencapai Wawasan 2020
  • Pekerjaan dan sektor tertentu tidak lagi terkait dengan kumpulan etnik yang tertentu
  • Kelompok rakan dan sahabat kita tidak lagi terbatas pada mereka yang sama latar belakang bangsa, agama dan sosio-ekonomi
  • Setiap sekolah mempunyai percampuran rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama
  • Sokongan sosial (contohnya biasiswa, pinjaman) tersedia berdasarkan pada budaya kecermerlangan dan prestasi tinggi
  • Setiap parti politik memperjuangkan kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama