Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur | Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang |
Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab | Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja |
Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas | Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi |
Lompat si katak lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua | Anak lembu merah Tambat di pokok asam Adik kena marah Tarik muka masam |
Burung Kakak Tua Bersarang celah batu Badan sudah tua Gigi jarang sana satu | Durian atas titi Pisang dalam dulang Sukanya rasa hati Abang sudah pulang |
Ayun anak ayun Ayun hujung serambi Bangun adik bangun Jangan tidur tinggi hari | Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh tuan mana hilang? Dalam dapur atas para |
Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan rebahnya Dunia ini pinjam-pinjaman Ke akhirat juga akan sudahnya | Redup bulan nampak nak hujan Pasang pelita sampai jelaga Hidup mati di tangan Tuhan Tiada siapa dapat menduga |
Terang bulan terang bercahaya Cahaya memancar ke Tanjung Jati Jikalau hendak hidup bahagia Beramal ibadat sebelum mati | Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat jasad tidak sembahyang |
Dua tiga empat lima Enam tujuh lapan sembilan Kita hidup takkan lama Jangan lupa siapkan bekalan | Kalau Tuan pergi ke Kedah Singgah semalam di Kuala Muda Sembahyang itu perintah Tuhan Jika ingkar masuk neraka |
Letak bunga di atas dulang Sisipkan daun hiasan tepinya Banyak berdoa selepas sembahyang Mohon diampun dosa di dunia | Encik Borhan seorang kerani Terkemut-kemut bila meniti Tinggalkan sembahyang terlalu berani Sepertii tubuhnya takkan mati |
Nyiur mudah luruh setandan Diambil sebiji lalu dibelah Sudah nasib permintaan badan Kita di bawah kehendak Allah | Kemuning di dalam semak Jatuh melayang ke dalam paya Meski ilmu setinggi tegak Tidak sembahyang apa gunanya? |
Anak ayam turun sepuluh Mati seekor tinggal sembilan Bangun pagi sembahyang subuh Minta doa kepada Tuhan | Anak ayam turun sembilan Mati seekor tinggal lapan Duduk berdoa kepada Tuhan Minta Allah jalan ketetapan |
Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Kita hidup mesti beragama Supaya hidup tidaklah sesat | Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tengah lorong Kalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung |
Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu | Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina |
Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga | Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji |
Lompat si katak lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Dan mesti rajin belajar | Lompat si katak lompat Lompat di air tenang Pergi sekolah cermat Emak bapa hati senang |
Burung Kakak Tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tingal dua | Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat |
Anak kumbang jati Suka korek tiang Senang rasa hati Emak sudah pulang | Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama |
Buai kaduk-kaduk Kaduk naik ke rimba Panjang janggut datuk Buat tali timba | Sungguh indah pintu dipahat Burung puyuh di atas dahan Kalau hidup hendak selamat Taat selalu perintah Tuhan |
Belatuk di atas dahan Terbang pergi ke lain pokok Hidup mati ditangan Tuhan Kepada Allah kita bermohon | Daun tetap di atas dulang Anak udang mati dituba Dalam kitab ada terlarang Perbuatan haram jangan dicuba |
Kulit lembu celup samak Mari buat tapak kasut Harta dunia janganlah tamak Kalau mati tidak diikut | Banyaklah masa antara masa Tidak seelok masa bersuka Tinggalkan sembahyang jadi biasa Tidak takut api neraka? |
Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat | Pak Kulup anak juragan Mati diracun muntahkan darah Hidup di dunia banyak dugaan Kepada Allah kita berserah |
Sayang-sayang buah kepayang Buah kepayang hendak dimakan Manusia hanya boleh merancang Kuasa Allah menentukan | Masa berada di Pulau Jawa Rakan diajak pergi menjala Maha Berkuasa jangan dilupa Kuasa Allah tidak terhingga |
Harimau belang turun sekawan Mati ditikam si janda balu Ilmu akhirat tuntutlah tuan Barulah sempurna segala fardu | Kera di hutan terlompat-lompat Si pemburu memasang jerat Hina sungguh sifat mengumpat Dilaknat Allah dunia akhirat |
Anak ayam turun lapan Mati seekor tinggal tujuh Duduk berdoa kepada Tuhan Supaya terang jalan bersuluh | Anak ayam turunnya lima Mati seekor tinggal empat Turut mengikut alim ulama Supaya betul jalan makrifat |
Bulu merak cantik berkaca Gugur sehelai ke dalam baldi Jika tak banyak kitab dibaca Jangan mengaku khatib dan kadi | Inderagiri pasirnya lumat Kepah bercampur dengan lokan Sedangkan nabi kasihkan umat Inikan pula seorang insan |
Saturday, 23 April 2011
PANTUN EMPAT KERAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment