1. MUHARAM
- 1 hingga 9hb sunat puasa.
- 10hb sunat puasa hari Asyura dan menyapu kepala anak yatim, bersedekah kepada fakir miskin,
bercelak mata pada waktu malam, tambah perbelanjaan keluarga.
2. SAFAR
- Tiada amalan khusus selain amalan sepanjang masa.
3. RABIULAWAL
- Sambutan Maulidur Rasul.
4. RABIULAKHIR
- Tiada amalan khusus selain amalan sepanjang masa.
5. JAMADILAWAL
- Tiada amalan khusus selain amalan sepanjang masa.
6. JAMADILAKHIR
- Tiada amalan khusus selain amalan sepanjang masa.
7. REJAB
- Puasa 1 hari - dapat keredhaan yang besar daripada Allah.
- Puasa 2 hari - dapat kemuliaan daripada Allah.
- Puasa 3 hari - diselamatkan Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan/dajjal
- Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
- Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.
- Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya.
- Puasa 15 hari - Allah akan hapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan
kebaikan.
- Tambahan puasa - tambahkan pahalanya.
- Membaca Surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
- Membaca Al-Quran.
- Banyakkan berdoa, istighfar.
Saturday, 14 May 2011
TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK
1. Iman tidak tetap dan tidak teguh.
2. Tindak-tanduk yang sentiasa berubah.
3. Tidak tetap kata.
4. Sentiasa harapkan kebaikannya dibalas.
5. Jiwanya tidak tenteram.
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup.

HIKMAH BERKHITAN
1. Membawa kepada kesempurnaan beragama.
2. Bezakan antara orang Islam dan bukan Islam.
3. Jaga kesihatan dan kawal syahwat.
4. Pelihara diri daripada bahaya penyakit.

HIKMAH BERAKIKAH
1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran baru yang sujud menyembah Allah SWT di dunia.
2. Dekatkan diri anak kepada Allah atas akikah yang dilakukan.
3. Kukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim.
4. Sebagai tebusan anak tersebut dapat memberikan syafaat kepada ibu bapanya.
5. Tunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan-Nya.
6. Jauhkan anak tersebut daripada segala bahaya dan bencana.

Sunday, 1 May 2011
LUKISAN
Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah pensel, arang, pen, pensel warna, kertas dan kanvas. Lukisan boleh dihasilkan menggunakan dua cara iaitu:
SEJARAH SENI LUKIS
Sejarah seni lukis dunia bermula dan berkembang sejak zaman pra sejarah lagi. Terdapat tiga peringkat perkembangan iaitu :
Zaman Paleolitik yang bermula pada tahun 2,500 SM hingga 1,500 SM. Pada zaman ini orang-orang Paleolitik tinggal di dalam gua-gua batu pada musim sejuk. Mereka menghabiskan masa dengan meniru cakaran yang dibuat oleh beruang pada dinding gua semasa menajamkan kukunya. Mereka melukis garisan-garisan selari dan berbelok-belok dengan menekankan jari dan alat-alat yang tajam di bahagian-bahagian dinding gua yang lembut. Cetakan berwarna dibuat dengan menggunakan tapak tangan atau melukis garisan luar tangan mereka dengan warna merah dan hitam. Lukisan yang dibuat pada zaman ini kebanyakannya menggunakan imej bintang seperti gajah, rusa, seladang, babi hutan, dan kuda. Setiap gambaran mencerminkan semangat binatang yang luar biasa. Binatang-binatang itu digambarkan dengan pelbagai gerak laku seperti lemah-lembut, kegagahan, kedamaian dan keikhlasan. Lukisan ini kadangkala ada juga menunjukkan figura orang memburu atau berlawan. Figura yang dilukis adalah dengan bentuk seperti ‘orang lidi’ atau ‘stick figures’.
Zaman Mesolitik pula bermula daripada tahun 15,000 SM hingga 10,000 SM. Pada masa zaman Paleolitik telah mengalami glasier, manusia primitif ini telah meninggalkan gua–gua yang mereka diami dan berpindah untuk mencari kawasan yang tanah-tanihnya lebih subur untuk bercucuk-tanam. Peralatan-peralatan batu telah dihalusi. Beberapa lukisan telah ditemui yang membuktikan wujudnya kebudayaan di utara Afrika dan timur Sepanyol. Lukisan-lukisan pada zaman ini kelihatan lebih detail daripada zaman Paleolitik. Di mana lukisan-lukisan di zaman Paleolitik dilukis di hujung-hujung gua, lukisan-lukisan pada zaman ini kebanyakkannya dilukis di bahagian pintu masuk gua sahaja. Pada zaman ini, lukisan lebih berbentuk manusia daripada bentuk-bentuk binatang. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan kehidupan dalam masyarakat samada sewaktu berburu, berlawan atau dalam upacara istiadat. Lukisan juga lebih mementingkan gerakan daripada bentuk. Lukisan yang dihasilkan adalah menunjukkan pergerakan rentak binatang dan manusia. Tumpuan pada setiap pergerakkan adalah untuk menunjukkan bentuk semulajadi binatang. Terdapat juga bentuk-bentuk yang digayakan yang melambangkan perasaan mereka. Mesej yang cuba disampaikan adalah tentang pemburuan dan pengumpulan binatang di samping adat dan kehidupan kaum mereka. Lukisan-lukisan juga dibuat agar mendapat satu kuasa ghaib atau luar biasa dalam pemburuan mereka. Karya-karya juga mula memperlihatkan corak-corak untuk menambah lagi kesan-kesan kuasa ghaib. Pada zaman ini juga, mereka menggunakan pelbagai bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan bahan catan. Untuk mendapatkan warna merah mereka menggunakan darah manakala warna hitam diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan. Untuk mendapatkan warna hijau, tumbuhan dan lemak binatang telah digunakan.
Zaman Neolitik ini bermula sekitar tahun 7,000 SM hingga 1,500 SM. Tumpuan penduduk adalah tempat tinggal di kawasan yang subur. Terdapat sistem buruh dan sistem perdagangan. Aktiviti kehidupan mereka adalah mengikut peredaran musim. Mereka berfahaman animisma. Pada masa ini telah wujud perkampungan dan perbandaran dan kehidupan berpindah-randah mula berkurangan. Binatang-binatang yang menjadi objek lukisan mereka ialah lembu, rusa, seladang dan singa. Lukisan-lukisan pada zaman ini ada yang digayakan dan ada yang berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuat secara realisma yang semula jadi. Mereka menggunakan tangan untuk membentuk garisan tebal dan nipis, manakala lorekan hitam digunakan di bahagian-bahagian yang terdapat nilai ton. Karya-karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuan persembahan kepada semangat dan roh datuk nenek moyang mereka, menunjukkan ilmu sihir ketika memburu binatang, mendapatkan semangat haiwan seperti keberanian, kepantasan dan ketangkasan. Mereka beranggapan karya-karya yang dihasilkan dapat menentukan nasib pemburu dan menyakitkan musuh, memperolehi kesaktian sewaktu memburu, menggambarkan corak cara hidup dan nilai budaya kaum mereka. Pada zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat dan jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dengan batu dan dicampurkan dengan darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan. Warna-warna yang digunakan pada zaman ini adalah kebanyakkannya daripada kategori ‘earth colours’ seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yang dicampurkan dengan lemak binatang. Warna ungu hitam diperolehi daripada oksid manganam yang terdapat dalam tanah liat. Manakala warna putih pula diperolehi daripada batu kapur. Tempat-tempat yang banyak ditemui lukisan zaman Neolitik ialah seperti di gua-gua di Perancis dan Sepanyol manakala gua-gua yang terkenal didapati kesan-kesan seperti ini adalah seperti gua Altamira dan Lascaux.
- Lukisan tanpa warna
- Lukisan berwarna

TOKOH BATIK MALAYSIA
Haji Che Su Bin Haji Ishak adalah tokoh batik daripada negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Bharu Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu.
CETAKAN
Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-bahan lain. Blok atau plat cetakan boleh disediakan dengan memotong, mengguris, etching, atau melukis. Kemudian dakwat diletakkan ke atas blok atau plat tersebut dengan pelbagai teknik. Kertas dicetak dengan cara menekap ke atas blok melalui gosokan tangan atau menggunakan mesin cetak.
Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang sama disebut edisi. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan 'artist’s proofs' (AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Pada setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat bilangan edisi cetakan yang dihasilkan. Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu dilakukan.
SEJARAH CETAKAN
Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi. Teknik cetakan kayu ialah yang paling awal dan pertama kali muncul di Negara China pada kurun ke-8. Cetakan mula berkembang di Eropah sekitar tahun 1418 masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi dan pada kurun ke 16, cetakan muncul mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan Karya Albrecht Durer dan karyawan seni daripada Eropah Utara. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain batik sarung.
Secara umumnya, cetakan boleh dibahagikan kepada cetakan timbulan, benaman, cetakan planograf atau litografi dan cetakan stensil, saringrafi atau Sutera Saring. Cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di China. Industri cetakan mono blok kayu buatan tangan muncul dan berkembang di negara Barat pada abad ke-14 Masihi. Pada masa tu, kemahiran mencetak digunakan untuk mencetak bahan-bahan keagamaan, untuk hiasan ilustrasi buku, poster untuk komunikasi, propaganda, bahan pendidikan, dan sebagainya.
Penggunaan warna dalam cetakan diperkenalkan pada pertengahan abad ke-15. Di Malaysia, cetakan kayu digunakan untuk mencetak kain sarung (kain terap hitam) sebelum kaedah lilin dari Jawa diperkenalkan. Cetakan kemudian muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Kini, Industri cetakan yang menggabungkan teknik canggih melalui pembantuan perisian komputer serta kemahiran seni grafik yang bermutu tinggi telah berjaya menjadikannya satu saluran seni yang agak unik.

Subscribe to:
Posts (Atom)