Friday, 2 September 2011

KEK LAPIS BATIK KENYALANG

Bahan-Bahan
500 gm mentega churn emas (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
Jem 200 gm buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur Bagus A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna Oren - saya tambah 1 lagi warna.

Cara membuatnya:
1.Pukul mentega dan gula Sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
2.Di dalam bekas yg lain, pukul telur Sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3.Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4.Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit. (Dgn kecepatan sederhana)
5.12 Senduk lauk ambil adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas-1 lapis adunan Senduk 2. Kemudian dgn bubuhkan sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 Bahagian-merah, hijau dan jingga (Oren).
6.2 Senduk tuang ke dalam adunan kuning Loyang 9 "x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Sehingga bakar 3 lapis adunan kuning ini dgn api panggangan, suhu 180 -200 darjah).
7.Masukkan adunan merah, hijau (& Oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila lapisan kuning 3 tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonal) adunan hijau berselang-seli dgn Sehingga Oren merah dan menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama Sehingga lapisan masak.
8.Jika Terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi semula agar ianya rata.
9.Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Sehingga Ulangi proses ini adunan selesai.
10.Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 Senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Seperti biasa bakar dgn api panggangan Sehingga masak.

Nota:
Anda boleh juga Menggunakan Acuan sedikit yg besar seperti 10 "x 10", Jika anda ingin kek anda sedikit rendah. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, lapis Sarawak kek2 yg tinggi mempunyai bentuk dan cara memotongnya juga berlainan.

BIHUN SUP UTARA

Bahan-Bahan:

600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya:

Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam.
Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.

Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin.Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak.
Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula.
Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang.
Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun.
Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis.
Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.

BUBUR LAMBUK

Bahan-bahan:

2 cawan beras [rebuskan dalam slow cooker]
1/2 kg keledek [warna merah/jingga]...potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm halia
5 ulas bawang merah
5 tangkai pucuk ubi
5 tangkai daun cekur manis
1 ikat daun paku merah
1 ikat pucuk paku hijau
5 pokok kangkong
2 tangkai dan kadok
4 tangkai daun kesom
4 tangkai daun kemangin
1 helai daun kunyit
1 cawan udang basah saiz kecil [tak der pun tak per]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isi]
air secukupnya
garam

Cara membuatnya:

Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.

Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan 10 ulas bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat bersama isi ikan tadi.

Masukkan keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan kedalam bubur nasi tadi.

Masukkan udang dan kacau sehingga rata.

Bila sudah hampir untuk diangkat, masukkan sayur-sayura & garam secukupnya sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.

Angkat dan hidangkan.

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan:
5 cawan beras
2 biji pati santan
3 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

Didihkan air dalam pengukus.

Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak.

Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam
supaya beras memanjang 2 kali ganda.

Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat.

Setelah itu,kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit.

Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras.

Akhir sekali,kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai,cantik dan santan yang terserap tadi masak.

Tambahan:

Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata.

Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelumnya.

Lebih lama rendam,lebih panjang beras.

Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung.

CAKOI

Bahan-bahan:
1 cawan air
2 cawan tepung roti
¼ sudu kecil instant yeast
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
¾ sudu kecil tawas (alum)
½ sudu kecil baking soda
1 sudu besar minyak
Minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
Masukkan semua bahan kedalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. 

Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker. 

Taburkan tepung ke atas papan canai. 

Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. 

Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dalam suhu bilik selama 45 minit.

Ratakan doh dengan tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm, biar rehat selama 10-15 minit lagi.

Panaskan minyak umtuk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, masukkan sedikit air dengan mengunakan lidi sate.

Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah dengan lidi sate.

Pegang kedua-dua hujung dan tarik perlahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. 

Kacau sikit apabila dia dah timbul dipermukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. 

Goreng sehingga perang keemasan.