Friday, 2 September 2011

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara menyediakan:

1.Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3.Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5.Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6.Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

IKAN 3 RASA

Bahan-bahan

1 ekor Ikan Kerapu
cili padi - di hiris kasar
1 biji bawang besar - dipotong bulat
3 biji bawang kecil - dirajang
2 ulas bawang utih - dirajang
sedikit oyster sauce, fish sauce
sedikit minyak bijan
1 senduk kecil lemon paste
sedikit daun ketumbar atau daun pudina
sedikit tepung jagung
air dan garam secukupnya


Cara-cara

Ikan dibersihkan, kemudian dilumurkan dengan garam dan digoreng setengah
garing dan diangkat.

Tumis bawang putih, bawang kecil, cili padi dan bawang besar hingga layu
dengan minyak bekas ikan tadi dan sedikit minyak bijan.

Setelah layu, masukkan sedikit fish sauce, oyster sauce dan lemon paste,
dikacau rata dan masukkan sedikit air (jika ingin lebih berkuah, lebihkan air).

Setelah mendidih, tuangkan campuran tepung jagung dan air dan di kacau hingga pekat.
Masukkan daun ketumbar atau daun pudina dan segera diangkat.

Tuangkan kuah keatas ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan ketika panas.

SURAH DAN AYAT PENAWAR

SURAH DAN AYAT PENAWAR
BIL
NAMA SURAH
PENYAKIT
1
Surah Qaaf (ayat 16 – 45)
 Surah Ah-Qaaf (ayat 21 – 28)
Surah Sod (ayat 34 – 61)
penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)
2
Surah Al-Buruuj (ayat 1 – 22)
penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kecil.
3
Surah Al-Israa' ayat (40 – 55)
untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang
4
Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal
untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks
5
Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli
untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.
6
Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah dan Surah An-Naml
khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
7
Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan
Surah An-Nahli
untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki
8
Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Ali Imran
untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.
9
Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah
untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit
10
Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah
untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness"
11
Surah Kahfi ayat 32 - 50
digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer
12
Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal
mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit
13
Surah Ah-Qaaf ayat 21 – 28
untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf
14
Surah An-Nahli
banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system)
15
Surah Yassin ayat 72 - 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 - 60
adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah
16
Surah Al-Waqiah ayat 36 - 74
untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan
17
Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar
Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser
18
Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255
adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan
19
Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura
dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia
20
Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135
adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

HIKMAH PUASA 6

Pelengkap Puasa Ramadhan
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunnah ini.

Menyediakan sistem pencernaan
Selama sebulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus
Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan
Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.


“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim